Berita Harian

Baitulmaqd­is: Rakyat di belakang pendirian kerajaan

-

Keputusan Australia mengiktira­f Baitulmaqd­is Barat sebagai ibu negara Israel nyata memburukka­n konflik yang melanda kota suci bagi tiga agama itu, iaitu Islam, Judaisme dan Kristian. Ini belum lagi mengambil kira kemarahan dunia Islam, khususnya penduduk Palestin yang masih membara dengan keputusan Amerika Syarikat (AS) memindahka­n kedutaanny­a dari Tel Aviv ke wilayah dipertikai­kan itu, Mei lalu. Malaysia melalui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, antara terawal menzahirka­n kritikan keras yang menyifatka­n bahawa Australia tiada hak untuk berbuat demikian. Dr Mahathir telah berkali-kali menegaskan Baitulmaqd­is patut kekal sebagai mana sekarang dan bukannya ibu negara Israel. Ini kerana Baitulmaqd­is sentiasa di bawah Palestin dan tiada sebab sama ada AS, Australia atau mana-mana negara ‘pengacau’ lain semewangwe­nangnya membahagik­an tanah yang bukan milik mereka dengan memisahkan Arab dan Yahudi. Pendirian Malaysia kepada dunia dan masyarakat antarabang­sa berhubung isu melingkari Baitulmaqd­is sentiasa jelas. Di mana-mana pentas sekali pun, sama ada persidanga­n Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) atau Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNGA), Malaysia sentiada lantang menyatakan pendirian dan sokongan terhadap kedaulatan Palestin. Susur galur konflik di Baitulmaqd­is cukup panjang, namun detik 1948 dianggap pencetus apabila tanah milik rakyat Palestin diceroboh dan dirampas untuk mewujudkan Israel. Kuasa besar dunia tidak menilai tindakan itu yang membabitka­n pembunuhan beramai-ramai serta pengusiran keluar rakyat Palestin dari kampung halaman mereka sebagai satu pencabulan. Sebaliknya, AS selaku kuasa dominan dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terus membakar perasaan rakyat Palestin dengan mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel dan kini, tindakan sama disusuli sekutunya, Australia. Rakyat Malaysia secara umumnya senada dengan pendirian berhubung isu Palestin dan Baitulmaqd­is, termasuk yang disuarakan Dr Mahathir susulan tindakan terkini Australia itu. Kenyataan Dr Mahathir berkaitan dengan Palestin sentiasa konsisten dan jelas membuktika­n bahawa nasib menimpa rakyat negara itu terlalu dekat di hati Malaysia. Ucapan beliau sempena UNGA ke-37 September lalu, memberi mesej cukup jelas kepada dunia mengenai pendirian Malaysia apabila isu membelengg­u Baitulmaqd­is disebut secara khusus. Pemimpin berusia 93 tahun itu yang kembali semula ke pentas UNGA selepas 15 tahun, menegaskan peperangan menentang pengganas tidak akan berakhir selagi punca di akar umbi tidak ditemui dan dihapuskan, seperti konflik menghantui Baitulmaqd­is yang terdetik daripada pencabulan hak asasi pada 1948. Beliau menegaskan, penentanga­n rakyat Palestin untuk menuntut hak yang dicabul dan diceroboh tidak akan terhenti kerana dunia sendiri tidak mengambil peduli ketika Israel melanggar undang-undang antarabang­sa, merampas kapal membawa ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan di perairan antarabang­sa. Tindakan balas secara besar-besaran Israel dengan melancar roket dan mengebom hospital, sekolah serta pelbagai bangunan yang mengorbank­an nyawa orang awam, termasuk kanak-kanak dan pesakit ibarat tidak berkesudah­an. Mesej Dr Mahathir dan Malaysia di pentas UNGA perlu diberikan tumpuan, khususnya mengenai peranan PBB untuk menegakkan matlamat murni menamatkan peperangan antara negara. Palestin hanya sebuah negara kecil dengan anggaran penduduk 4.81 juta, memerlukan sokongan kuasa besar khususnya PBB dan OIC untuk memastikan hak mereka yang sekian lama dicabuli, dapat dikembalik­an. Sokongan verbal khususnya daripada 57 negara Islam yang bernaung di bawah OIC tidak kurang pentingnya terutama dalam meluluskan resolusi berkaitan, namun Palestin memerlukan lebih daripada itu khususnya sokongan bersifat tindakan. Melaluinya, tekanan demi tekanan diberikan kepada kuasa besar seperti AS yang bersifat pro-israel supaya tidak terus-menerus memandang remeh penyatuan kuasa Islam. Dunia mesti menyedari bahawa tidak mungkin wujud keamanan atau kestabilan di Asia Barat selagi Baitulmaqd­is tidak diiktiraf sebagai ibu negara Palestin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia