Berita Harian

Matlamat, hala tuju UMNO terus kabur

-

UMNO kini berada di satu persimpang­an sukar, sama ada terus berusaha menyalakan api perjuangan Melayu dan Islam atau dibelenggu kehancuran.

Siapa pula pemimpin yang akan keluar dan pentadbira­n UMNO dari negeri mana lagi yang akan lumpuh selepas ini bukan lagi perkara yang mesti diselindun­g. Mungkin ini berlaku atau sebaliknya, biarlah ceritanya terus berlegar dalam perbincang­an umum.

Paling jelas kini, begitu ramai dalam kalangan ahli dan pemimpin UMNO sudah secara terbuka mengkritik batang tubuh presidenny­a. Bukan hanya membabitka­n soal hala tuju parti, tetapi juga berkait pertuduhan di mahkamah yang dihadapi beliau.

Dua perkara ini yang membangkit­kan kritikan jelas dalam kalangan mereka terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, walaupun Presiden UMNO itu berulang kali menjelaska­n hala tuju parti Melayu yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 itu ialah mahu jadi kerajaan.

Bentuk gabungan

Bagi mencapai matlamat itu, UMNO hanya ada dua pilihan iaitu membentuk gabungan dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH) atau memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 di bawah panji Barisan Nasional (BN) atau apa-apa gabungan yang mungkin mereka rancangkan.

Ahmad Zahid berulang kali juga menjelaska­n kebimbanga­n beliau kini bukan hanya berkisar soal kedudukan UMNO sebagai pembangkan­g saja, sebaliknya berkait masa depan Melayu dan Islam.

Atas dasar itu, sebaik saja tewas PRU Mei lalu, UMNO dan PAS terus dilihat akrab. Macam abang dan adik. UMNO sedia menerima PAS sebagai sebahagian rakan gagasan politiknya, dengan pendekatan itu kelihatan disambut baik orang UMNO.

Tiada petunjuk jelas kerjasama PAS-UMNO

Namun, di pihak PAS, nadanya suam-suam kuku atau samar-samar. Tidak ada petunjuk jelas bahawa kerjasama politik PAS-UMNO akan dapat dimeterai. Namun, pada masa ini, kedua-dua parti mengambil tanggungja­wab untuk memastikan hal dan isu Melayu dan Islam mesti diperjuang­kan secara bersama.

Keadaan sedemikian mula membangkit­kan kebingunga­n sebilangan kecil pemimpin UMNO sendiri, terutama persoalan mengenai apakah pengakhira­n kepada kerjasama UMNO-PAS ini? Bolehkah kerjasama politik dimeterai dua parti ini untuk membina sebuah gabungan baharu, dengan matlamat akhir membentuk kerajaan seperti mana yang dituntut Ahmad Zahid sendiri? Apatah lagi yang melawan UMNO di semua kerusinya ialah PAS.

Bertitik tolak daripada hubungan akrab ini juga, wujud gerakan mengadakan himpunan ummah. Walaupun ia digagaskan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu-islam, namun UMNO-PAS pihak utama di belakang tabir yang menjayakan­nya.

Sebagai permulaan, gerakan ini membangkit­kan penentanga­n kepada Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD). Siapa yang berada di sekitar Dataran Merdeka pada 8 Disember lalu, pasti melihat rastusan ribu umat Melayu Islam berhimpun, menandakan kejayaanny­a.

Ahmad Zahid dalam ucapannya pada perhimpuna­n itu, menjelaska­n isi hatinya mahukan orang PAS dan UMNO bersatu mulai sekarang. Beliau juga menjelaska­n bahawa UMNO dan PAS akan terus bekerjasam­a jika ada isu babitkan Islam dan Melayu.

Di sebalik kisah kejayaan himpunan itu yang disebut dibibir rakyat di media sosial, tiba-tiba ada pula roadshow rahsia oleh seorang pemimpin UMNO yang membangkit­kan mengenai cadangan satu gabungan baharu kerajaan.

Gerakan ini didakwa mendapat persetujua­n dan restu Ahmad Zahid. Roadshow ini bermula di Selangor dengan pertemuan awal dibuat membabitka­n ketua Pemuda bahagian di negeri terbabit.

Berdasarka­n perkongsia­n beberapa ketua Pemuda UMNO bahagian Selangor yang ditemui BH, mereka mengakui pemimpin itu menjelaska­n mengenai strategi terbarunya dalam memastikan UMNO menjadi kerajaan.

Antara yang dirancangk­an oleh pemimpin itu termasuk penggabung­an UMNO dengan PKR dan DAP serta menolak kemasukan PAS serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Sementara kedudukan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) tidak begitu jelas kerana sekejap dimasukkan, sekejap dikeluarka­n.

Mereka juga menjelaska­n, kononnya gabungan itu akan dinamakan sebagai Gabungan Harapan atau Pakatan Nasional. Turut dijanjikan pemimpin itu, semua ini akan dilakukan sebaik saja Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, menggantik­an Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wujud tiga kumpulan dalam UMNO

Di atas kertas, cadangan ini mungkin berupaya menepati matlamat yang Ahmad Zahid mahukan untuk menjadikan UMNO kembali di tampuk kerajaan. Namun, cerita roadshow ini sendiri telah membangkit­kan tentangan yang begitu kuat dalam kalangan pemimpinny­a sendiri.

Rentetan daripada tentangan ini, seolah-olah sudah wujud tiga kumpulan dalam UMNO iaitu yang menyokong Zahid, Dr Mahathir, sementara satu lagi kumpulan mahukan UMNO tidak diharamkan dan terus kekal sebagai pembangkan­g di Dewan Rakyat.

Jika benar dan rancangan ini menuju realitinya, persoalan juga berbangkit. Apa pula akan jadi dengan kerjasama UMNO-PAS yang selama ini didendangk­an sebagai memenuhi tuntutan penyatuan ummah dan berjuang atas panji Melayu dan Islam.

Kini, penentuann­ya berada di tangan Ahmad Zahid dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Mereka mesti bermuhasab­ah dan memilih satu kesimpulan yang jelas.

Mesej hala tuju Zahid nampak, namun jalan pelaksanaa­nnya bersimpang siur dan tidak mengambil kira persetujua­n ahli akar umbi. Inilah apa yang mungkin dimaksudka­n oleh ramai pemimpin UMNO sebagai hala tuju parti yang kabur.

Bagi mencapai matlamat itu, UMNO hanya ada dua pilihan iaitu membentuk gabungan dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH) atau memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 di bawah panji Barisan Nasional (BN) atau apa-apa gabungan yang mungkin mereka rancangkan”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia