Berita Harian

‘Contohi pemimpin terdahulu jika mahu kekal jawatan’

-

Kangar: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu mengambil pendekatan ‘luar biasa’ jika mahu mengekalka­n jawatannya sebagai pemimpin dalam parti itu.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata pendekatan ‘luar biasa’ itu adalah dengan mencontohi sikap dan kepemimpin­an pemimpin UMNO terdahulu.

“Kita sudah suruh (Ahmad Zahid) bercuti atau berehat, tetapi dia tidak mahu dan saya tidak mahu ulang (saranan berehat) kepada dia kerana bagi saya perkara yang sudah berlaku biarkan ia berlaku.

“Kalau dia masih hendak juga pertahanka­n jawatan itu, dia kena gunakan pendekatan ‘luar biasa’ dan bukan pendekatan biasa-biasa seperti yang orang lain lakukan.

“Pendekatan luar biasa ialah dengan turun sekerap mungkin ke setiap bahagian seperti Allahyarha­m Datuk Onn Jaafar lakukan dahulu, dengan berbasikal ke seluruh pelosok. Bukan hanya tunggu UMNO negeri buat program sahaja baru nak turun jumpa akar umbi,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, semalam.

Shahidan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Ahmad Zahid, berhubung wujudnya sogokan kepada akar umbi UMNO dalam pemilihan sebelum ini.

Krisis tahap kritikal

Shahidan yang juga bekas Pengerusi Perhubunga­n UMNO Perlis berkata, krisis yang melanda UMNO kini berada pada tahap kritikal dan jika Ahmad Zahid masih leka, sebarang kemungkina­n buruk bakal berlaku.

“Sekarang ini nasi sudah menjadi bubur, mampukah Zahid menyekat Ahli Parlimen UMNO yang saban hari makin berkuranga­n dan berhasrat keluar parti?

“Zahid juga kena ingat, suasana politik dalam keadaan sekarang ini, UMNO bergantung kepada jumlah kerusi dalam Parlimen dan jika dia tidak lakukan sesuatu, tidak mustahil jumlah kerusi Parlimen UMNO semakin berkuranga­n,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yakin Ahli Parlimen dan ADUN UMNO serta BN negeri masih setia kepada parti itu.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Pahang mengulas pendedahan Ahmad Zahid mengenai gerakan membeli Ahli Parlimen dan ADUN Pahang untuk berpaling tadah.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, mengingatk­an semua ahli UMNO supaya tidak terlalu mengikut rentak parti lawan yang ketika ini sedaya upaya sedang cuba untuk membunuh karektor pemimpin UMNO melalui pelbagai

Kalau dia masih hendak juga pertahanka­n jawatan itu, dia kena gunakan pendekatan ‘luar biasa’” Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Arau

tuduhan salah laku, termasuk terhadap Ahmad Zahid.

Katanya, biarlah mahkamah membuat keputusan sama ada yang dituduh itu bersalah atau sebaliknya.

Usah terus melatah

“Kita tidak perlu terus melatah dengan semua dakwaan yang tuduhan yang dilemparka­n. Jika benar dakwaan sedemikian wujud, biarlah SPRM jalankan kerja mereka,” katanya.

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy, berkata pertukaran kepemimpin­an parti adalah perkara pertama yang perlu dilakukan bagi menggambar­kan bahawa UMNO berani membuat perubahan selaras aspirasi ahli.

“UMNO memerlukan pemimpin yang boleh memperkuku­hkan parti. Berdasarka­n keadaan ketika ini jelas Presiden UMNO gagal menyatupad­ukan ahli,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia