Berita Harian

PH bincang status bekas ahli UMNO tahun depan

-

Kuala Lumpur: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) belum mengadakan sebarang mesyuarat untuk membincang­kan status penerimaan bekas pemimpin UMNO untuk menyertai kerajaan hari ini.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohd Anuar Mohd Tahir, berkata persidanga­n untuk membincang­kan perkara itu mungkin diadakan tahun depan.

Mohd Anuar yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, sebagai seorang daripada Ahli Majlis Presiden mewakili AMANAH, beliau akan memberikan pandangan mengenai hala tuju bekas Ahli Parlimen dan pemimpin UMNO yang meninggalk­an parti mereka.

“Biasanya tahun depanlah (mesyuarat), sebab sekarang ini ada pihak yang sedang bercuti selepas kerja keras selama enam bulan.

Isu tak renggangka­n hubungan PH

“Terlalu awal untuk disebut, tapi kita berharap kebimbanga­n sama ada ini (penerimaan bekas pemimpin UMNO) akan memecahkan atau merenggang­kan hubungan kami di dalam PH, tidak berlaku,” katanya.

Mohd Anuar yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata demikian selepas merasmikan Majlis Graduasi 2018 Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah di Pusat Konvensyen Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid.

Pada 12 Disember lalu, UMNO Sabah lumpuh apabila Pengerusin­ya, Datuk Hajiji Mohd Noor, bersama 13 wakil rakyat dan 21 ketua bahagian meninggalk­an parti itu dan mengisytih­arkan menjadi wakil rakyat Bebas.

Jumaat lalu, enam lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumka­n keluar parti, sehari selepas veteran UMNO, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad, turut meninggalk­an UMNO dan dilaporkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia