Berita Harian

Presiden perlu waspada keluar kenyataan

-

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, mendakwa sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang bersedia mengikut jejak langkahnya menjadi ADUN Bebas jika beliau berbuat demikian.

Adnan yang juga ADUN Pelangai dan Ketua UMNO Bahagian Bentong bagaimanap­un menegaskan, beliau tidak berniat untuk berbuat demikian, malah akan kekal sebagai ahli UMNO.

Beliau turut mengingatk­an Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, supaya bertenang ketika UMNO berdepan masalah dan lebih berhatihat­i mengeluark­an kenyataan supaya tidak mencipta lebih ramai musuh ketika ini.

“Selaku orang tua, saya nasihatkan presiden jangan menggelaba­h dalam keadaan UMNO tidak stabil. Jangan menambah musuh. Saya mengenangk­an MB (Menteri Besar) (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) yang saya anggap macam adik kandung.

“Saya nak beritahu, saya bukan ada pengaruh sangat. Jadi MB pun 19 tahun sahaja. Kalau hari ini saya isytihar jadi ADUN Bebas, sebahagian besar ADUN akan ikut saya.

“Saya bukan takbur, boleh jatuh Kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang. Ini bukan niat saya. Setakat ini, saya ahli UMNO tegar. Cuma UMNO nampak tak segar,” katanya.

Kenyataan Adnan itu dikongsika­n Ahli Parlimen Sembrong, yang juga bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein kepada wartawan menerusi Whatsapp apabila diminta mengulas dakwaan Ahmad Zahid berhubung wujud gerakan membeli Ahli Parlimen dan ADUN Pahang untuk berpaling tadah seterusnya menjatuhka­n BN di negeri itu.

Kata Hishammudd­in, Adnan menjawab dakwaan Ahmad Zahid itu dan kemudian dikongsika­n kepada pemimpin tertinggi UMNO.

Kenyataan Ahmad Zahid terlalu rambang

Dalam kenyataan itu, Adnan turut menafikan Hishammudd­in dan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengajak Ahli Parlimen dan ADUN Pahang supaya meninggalk­an UMNO, malah menyifatka­n kenyataan Ahmad Zahid sebagai terlalu rambang.

“Setahu saya, Hishammudd­in atau Hamzah tidak pernah menghubung­i sesiapa di Pahang untuk mengajak Ahli Parlimen atau ADUN Pahang meninggalk­an UMNO.

“Soal dapat maklumat, tak perlu jadi ‘menteri polis’, ‘menteri askar’. Pernah jadi Menteri Besar kecil pun banyak dapat maklumat, termasuk maklumat sulit mengenai presiden.

“Tulisan saya bukan sebab ‘siapa makan cili, dia terasa pedas’. Saya wajib jawab sebab kenyataan presiden dibuat dalam konteks UMNO Pahang.

Elak lebih ramai musuh

“Nasihat saya kepada semua, jadilah bijaksana sikit. Dalam keadaan kita memerlukan sokongan, jangan kita mencipta lebih ramai musuh. Saya minta maaf kalau presiden atau sesiapa terasa dengan kenyataan saya,” katanya.

Adnan turut mendedahka­n yang beliau baru sekali menemui Perdana Menteri, selepas dipanggil Tun Dr Mahathir Mohamad, berbanding Ahmad Zahid yang berjumpa lebih daripada sekali.

“Perjumpaan dengan Tun selama setengah jam berkisar masa depan Melayu. Saya baru sekali saja sekali berjumpa Tun. Presiden berjumpa Tun lebih dari sekali,” katanya.

Terdahulu, dalam portal UMNO Online kelmarin, Ahmad Zahid turut berkata, ada gunting dalam lipatan yang mengugut dan memujuk Ahli Parlimen dan ADUN supaya kerajaan BN Pahang tumbang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia