Berita Harian

PKR tak akan terima bekas pemimpin UMNO

Agenda politik, asas perjuangan berbeza: Dr Wan Azizah

- Oleh Nur Lela Zulkipli

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengulangi pendiriann­ya tidak akan menerima bekas pemimpin UMNO yang ingin menyertai parti itu, kerana tidak yakin mereka akan membawa agenda reformasi kepada negara.

Tiada keyakinan

Dr Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH) turut melahirkan lebih keyakinan kepada individu yang menyertai PKR sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, kerana jelas pihak berkenaan menyokong agenda reformasi.

“Pada masa sekarang, kita tak terima kalau UMNO. Siapa yang bersama kita sebelum pilihan raya beri lebih keyakinan mereka mahu reformasi.

“Yang lain, kita kena tengok. Kita perlu dengan mereka. Rakyat sudah menukar kerajaan untuk lakukan reformasi dalam negara.

“Itu ialah asas kepada sebarang pertimbang­an,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas persidanga­n Dewan Negara di sini, semalam.

Ada permintaan sertai PKR

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini berkata PKR tidak akan mempertimb­angkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO menyertai parti itu, walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan.

Baru-baru ini, beberapa Ahli Parlimen UMNO mengumumka­n keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah); Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor); Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing).

Sementara itu, pada 12 Disember lalu, hampir keseluruha­n kepemimpin­an UMNO Sabah, termasuk lima Ahli Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua senator, mengumumka­n keluar UMNO dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju jelas.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] ?? Dr Wan Azizah ketika ditemui selepas persidanga­n Dewan Negara di lobi Parlimen, semalam.
engage
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] Dr Wan Azizah ketika ditemui selepas persidanga­n Dewan Negara di lobi Parlimen, semalam. engage

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia