Berita Harian

‘Tapis permohonan sertai BERSATU’

-

Kuala Lumpur: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menubuhkan jawatankua­sa, bagi meneliti dan menapis permohonan bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu.

Presidenny­a, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata jawatankua­sa itu dipengerus­ikan oleh Timbalanny­a, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Jawatankua­sa ini akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan, untuk memastikan pemohon tidak terpalit dengan sebarang amalan rasuah, salah guna kuasa dan jenayah.

“BERSATU akan mendapatka­n kerjasama daripada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanak­an proses tapisan ini. Selain itu, penilaian dari sudut politik juga akan dilakukan secara dalaman,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Muhyiddin berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak permohonan terbabit, selepas menerima laporan daripada jawatankua­sa berkenaan.

Mengulas mengenai permohonan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik untuk menyertai BERSATU, beliau berkata, permohonan bekas Ketua Menteri Melaka itu juga tertakluk kepada proses tapisan jawatankua­sa terbabit.

Permohonan tak diterima secara automatik

“Adalah tidak adil pada peringkat ini, untuk mengandaik­an bekas pemimpin UMNO yang menyerahka­n borang permohonan keahlian diterima menjadi ahli secara automatik.

“Permohonan mereka hendaklah dinilai terlebih dahulu, sebelum Majlis Pimpinan Tertinggi membuat sebarang keputusan,” katanya.

Abdul Rahim sebelum ini mengumumka­n keluar UMNO dan memohon menyertai BERSATU, selepas menyerahka­n borang keahlian parti itu kepada Ketua Presiden BERSATU Pimpinan BERSATU Melaka, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, menyerahka­n kepada kepemimpin­an BERSATU untuk membuat keputusan mengenai permohonan Abdul Rahim itu.

“Saya alu-alukan keputusan Tan Sri (Rahim Tamby Chik) keluar daripada UMNO. Langkah (keluar UMNO) itu juga satu keputusan penting yang dibuat.

“Berhubung penyertaan ke dalam PH pula, kita serahkan kepada BERSATU (membuat keputusan), namun kita yakin mereka mempunyai cara tersendiri, termasuk membuat proses tapisan, komitmen (ahli baharu) terhadap perubahan serta menghormat­i perjuangan rakyat secara keseluruha­n,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian selepas perhimpuna­n bulanan kerajaan negeri di Dataran Seri Negeri, di Melaka, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia