Berita Harian

Pakar bedah katarak Jepun kongsi ilmu dengan IPT

-

Putrajaya: Pakar pembedahan mata katarak terkenal, Dr Akahoshi Takayuki dari Jepun menzahirka­n kesediaan membantu Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia, dalam aspek pembelajar­an dan pengajaran serta penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) mengenai rawatan mata.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata ia susulan pertemuan dua pensyarah dari dua universiti awam (UA) dengan Dr Akahoshi baru-baru ini.

“Dr Akahoshi amat dikenali di 67 negara kerana kepakarann­ya. Beliau mengendali­kan kaedah pembedahan menggunaka­n alat ciptaannya sendiri dikenali sebagai Phaco Akahoshi Prechop yang mampu memendekka­n masa pembedahan, dari 20 hingga 30 minit kepada purata empat hingga lima minit.

Bedah orang kenamaan

“Beliau juga pernah membuat pembedahan mata ke atas orang kenamaan asing, termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Maszlee berkata, buat permulaan, Dr Akahoshi akan membantu tiga UA, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS).

Katanya, UA berkenaan mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang berkaitan, serta berpotensi untuk diperkukuh­kan.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, ini peluang terbaik negara untuk mempelajar­i teknik terkini dalam bidang pembedahan mata, terutama akibat katarak dan akan memberi manfaat kepada pensyarah dari fakulti atau Jabatan Oftalmolog­i di IPT.

“Dr Akahoshi juga bersetuju memberi perkhidmat­an pembedahan mata percuma kepada penduduk miskin di kawasan luar bandar, sebagai sebahagian dalam rangka jadualnya di Malaysia nanti.

“Oleh itu, sumbangan badan korporat amat dihargai untuk sama-sama membantu penduduk luar bandar mendapat manfaat daripada lawatan ini kelak,” katanya.

Dr Akahoshi amat dikenali di 67 negara. Beliau kendalikan pembedahan menggunaka­n alat ciptaannya yang mampu pendekkan masa pembedahan” Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia