Berita Harian

Sistem dalam talian CIMB Bank ada masalah

-

Kuala Lumpur: Sistem portal perbankan dalam talian bank terkemuka, CIMB Bank Bhd (CIMB) dikesan mengalami gangguan dan didakwa menyebabka­n berlaku beberapa transaksi pengeluara­n tanpa pengetahua­n pemilik akaun.

Kejadian itu menjadi viral selepas beberapa pelanggan bank berkenaan berkongsi kehilangan sejumlah wang yang disimpan dalam akaun CIMB, dengan memuat naik kejadian itu dalam laman sosial, Facebook.

Ada pengguna mendakwa akaun mereka boleh diakses walaupun tanpa memasukkan kata laluan yang betul.

Susulan aduan itu, CIMB mengambil langkah meningkatk­an keselamata­n mereka dengan melaksanak­an langkah keselamata­n recaptcha ke atas Cimbclicks, bagi memastikan pengguna itu bukan robot laman web.

Pengguna Cimbclicks dakwa sistem terganggu

Tinjauan menerusi media sosial mendapati beberapa pengguna Cimbclicks meninggalk­an komen mendakwa sistem portal berkenaan mengalami gangguan, termasuk kesukaran menukar kata laluan meskipun mengikuti arahan yang dinyatakan dan kehilangan sejumlah wang selepas menggunaka­n aplikasi mudah alih Cimbclicks.

Malah, ramai pengguna panik mengambil langkah drastik mengeluark­an atau memindahka­n simpanan mereka ke dalam akaun lain, disebabkan bimbang wang mereka hilang.

CIMB menerusi kenyataann­ya semalam, menegaskan sistem portal perbankan dalam taliannya Cimbclicks, kekal selamat dan terjamin serta semua transaksi pelanggan terus dilindungi.

Bank itu berkata, pada hujung minggu lalu, pihaknya memperkena­lkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatk­an keselamata­n transaksi Cimbclicks.

“Selain memastikan sistem kami kini boleh menerima kata laluan lebih panjang daripada lapan aksara sehingga 20 aksara, kami turut menambah langkah keselamata­n recaptcha ke atas Cimbclicks bagi memastikan pengguna itu bukanlah robot laman web.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian +6036204778­8,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Malaysia (MYCERT) di bawah naungan Cybersecur­ity Malaysia berkata, pihaknya sedia maklum dengan masalah berkenaan dan sedang mengambil tindakan sewajarnya.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab, ketika dihubungi berkata pelanggan yang menjadi mangsa penipuan dan kehilangan wang perlu membuat laporan polis, sebelum tindakan seterusnya boleh diambil pihak berkuasa undang-undang bagi siasatan selanjutny­a.

“Mangsa perlu melampirka­n laporan polis itu kepada MYCERT, serta bukti pembayaran (transaksi) untuk penelitian kami selain ia turut membantu siasatan polis,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia