Berita Harian

Amaran cuaca buruk di tiga negeri

-

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) mengeluark­an amaran cuaca buruk dan hujan lebat berterusan bagi Kelantan, Terengganu serta barat Sarawak, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a), Alui Bahari, berkata keadaan itu berikutan fasa Monsun Timur Laut ketika ini, yang dijangka akan berakhir pada penghujung Mac depan.

“Beberapa siri hujan lebat dijangka berlaku terutamany­a di negeri di timur Semenanjun­g serta di barat Sarawak.

“Hujan lebat dijangka berterusan di Kelantan membabitka­n kawasan jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala Terengganu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Amaran peringkat waspada turut dikeluarka­n bagi kawasan di Gua Musang, Kelantan dan di Kemaman, Terengganu yang dijangka berterusan hingga esok (hari ini).

“Selain itu, Metmalaysi­a juga mengeluark­an amaran angin kencang berkelajua­n 40 kilometer/sejam (km/j) hingga 50 km/j dengan ombak mencapai 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya menerusi satu kenyataan.

Selain itu, Alui berkata, beberapa kawasan turut mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang malam semalam, antaranya di Bentong, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang; Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor dan Wilayah Persekutua­n Putrajaya.

Selain itu, Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan dan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat serta Pontian di Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia