Berita Harian

Kakitangan The Star terima rasuah RM20,000 kena 30 bulan

-

Kuala Lumpur: Seorang penolong pengurus Jabatan Pengarang akhbar The Star, dihukum penjara 30 bulan dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas didapati bersalah menerima rasuah RM20,000.

Hakim Madihah Harullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap M Youganespa­ran, 54, selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara 18 bulan, jika tertuduh gagal membayar denda.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n permohonan peguam G Shankar, yang mewakili Youganespa­ran untuk menangguhk­an hukuman penjara sementara menunggu rayuan dan menaikkan jumlah jaminan kepada RM40,000.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Youganespa­ran didakwa menerima suapan RM20,000 daripada Mohd Emir Mavani Abdullah, 55.

Dorongan selesai kes disiasat SPRM

Wang itu kononnya untuk diberi kepada pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai dorongan kepada pegawai SPRM itu menyelesai­kan kes berkaitan Mohd Emir yang disiasat SPRM.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Dome Cafe, Lot G20 Vista Power, The Intermark, Jalan Tun Razak, di sini, jam 9.15 malam, pada 30 Mei 2017.

Pendakwaan terhadapny­a dibuat mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM 2009, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon dijatuhi hukuman ringan dengan alasan adalah penanggung tunggal keluarga dan mengalami masalah kesihatan.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Abdul Rashid Sulaiman, membantah rayuan itu dan memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

 ??  ?? Youganespa­ran dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
Youganespa­ran dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia