Berita Harian

Jabatan Peguam Negara dibenar batal saman

Keputusan Suruhanjay­a Siasatan tidak boleh dicabar

- Oleh Murni Wan Omar

Mahkamah Tinggi, di sini, membenarka­n permohonan Jabatan Peguam Negara untuk membatalka­n saman pemula Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung Suruhanjay­a Siasatan bagi menyiasat kes kerugian mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an.

Hakim, Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas bertemu peguam Muhammad Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Dr Mahathir dan Peguam Kanan Persekutua­n, Mazlifah Ayob, yang mewakili semua defendan di dalam kamarnya, di sini.

Muhammad Haniff ketika ditemui berkata, mahkamah berpendapa­t bahawa keputusan Suruhanjay­a Siasatan tidak boleh dicabar dan oleh itu, menolak permohonan itu tanpa kos.

“Mahkamah menolak permohonan kami tanpa pendengara­n kepada merit. Sebenarnya, kami berpandang­an apa yang diputuskan oleh mahkamah berbeza daripada apa yang kami mohon.

Mohon deklarasi

“Kami memohon deklarasi bahawa laporan hendaklah lengkap dan bukan mencabar penemuan RCI itu. Saya akan berbincang dengan anak guam sama ada kita akan merayu atau tidak,” katanya.

Pada awal Disember tahun lalu, Dr Mahathir memfailkan saman pemula itu dengan menamakan sembilan pihak, termasuk semua panel RCI sebagai defendan.

Mereka adalah Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanath­anan, Datuk Dr Yusof Ismail, selain bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Jemaah Menteri serta kerajaan sebagai defendan pertama hingga kesembilan.

Beliau memohon pengisytih­aran bahawa RCI tidak sah, tidak mengikut undang-undang dan tidak boleh diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia