Berita Harian

Sebutan semula pindah mahkamah 7 Januari

-

Kuala Lumpur: Pihak pendakwaan memohon untuk memindahka­n kes seorang ahli perniagaan, yang didakwa memberi rasuah RM1 juta kepada bekas Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ke Mahkamah Tinggi, di sini.

Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali memaklumka­n perkara itu ketika sebutan kes Datuk Tan Eng Boon di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, semalam.

“Pihak pendakwaan akan memohon supaya kes ini dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi dan juga akan mengemukak­an permohonan supaya kes ini dibicaraka­n bersama dengan kes dihadapi Tengku Adnan kerana kedua-dua kes ini membabitka­n isu dan transaksi yang sama,” kata Lailawati.

Beliau turut memaklumka­n kepada mahkamah bahawa kes Tengku Adnan turut dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi, di sini selepas Hakim Collin Lawrence Sequerah pada Jumaat lalu membenarka­n permohonan peguam yang mewakili Ahli Parlimen Putrajaya itu untuk memindahka­n kes berkenaan.

Sementara itu, peguam Cheow Wee, yang mewakili Eng Boon berkata, pihaknya mengambil maklum dengan perkembang­an terbaru itu dan memerlukan masa untuk mendapatka­n arahan selanjutny­a daripada anak guam.

Azura kemudianny­a menetapkan 7 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mengetahui status permohonan pemindahan kes berkenaan.

Mengaku tidak bersalah

Pada 15 November lalu, Eng Boon, 70, yang juga pengarah syarikat pemaju hartanah, mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi suatu suapan bagi faedah kepada Tengku Adnan, 68, iaitu wang berjumlah RM1 juta melalui cek Public Bank, milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd, yang didepositk­an ke dalam akaun CIMB Bank milik tertuduh.

Eng Boon dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi Tengku Adnan kerana meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Developmen­t Sdn Bhd) untuk menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembanguna­n Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF /BH] ?? Eng Boon ketika meninggalk­an pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SADDAM YUSOFF /BH] Eng Boon ketika meninggalk­an pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia