Berita Harian

Eksport industri halal cecah RM50B menjelang 2020

Saiz pasaran global dijangka berkembang tiga kali ganda pada 2025

- Oleh Nora Mahpar

Pasaran eksport industri halal tempatan diunjur berkembang kepada RM50 bilion menjelang 2020, menurut Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC).

Naib Presiden Pembanguna­n Industriny­a, Hanisofian Alias, berkata tahun lalu eksport produk halal negara bernilai RM43 bilion dan tahun ini saiznya dijangka naik sekitar 5.0 peratus.

“Bagaimanap­un, dengan penambahan penduduk Islam dan penerimaan produk halal dalam kalangan bukan Islam, kita optimis ia akan naik sedikit berbanding sasaran awal.

“Saiz pasaran halal global pula kita jangka berkembang tiga kali ganda pada 2025 berbanding AS$1.2 trilion pada 2010,” katanya ketika menandatan­gani perjanjian kerjasama antara HDC, pengeluar produk tenusu halal berpangkal­an di Denmark, ARLA Foods amba (Arla) dan penasihat halal Arla, ARK Advantage di Petaling Jaya, semalam.

Kerjasama itu bertujuan

meningkatk­an keu- payaan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dalam menghasilk­an lebih banyak produk halal yang mempunyai nilai eksport.

Menerusi kerjasama itu, HDC akan menyediaka­n nasihat tenaga pakar dan latihan halal serta khidmat konsultans­i yang diperlukan oleh Arla Foods dan ARK.

Rantau Asia Tenggara kekal sebagai pasaran terpenting bagi Arla di mana pada 2017, nilai eksport Arla ke Malaysia bernilai lebih RM30 juta.

Jangka peningkata­n

Mengulas lanjut, Hanisofian berkata, HDC menganggar­kan peningkata­n pengekspor­t PKS kepada 1,600 pada 2020 berbanding 1,400 PKS ketika ini.

“Dan kita yakin, mungkin kita dapat capai lebih 1,600 PKS itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu peserta industri PKS menumpukan bidang yang belum diterokai sepenuhnya iaitu produk bahan ramuan terutama produk berasaskan minyak sawit.

“Ketika ini, majoriti PKS menceburka­n diri dalam perniagaan makanan dan minuman (F&B), sektor ini terlampau banyak saingan, maka kita mahu PKS mengusahak­an sesuatu yang mempunyai nilai tambah serta mempunyai nilai eskport,” katanya.

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH] ?? Hanisofian (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ARK, Imran Musa (kiri) dan Ketua Global Arla Foods, Mahdi Salhab pada sidang media di Petaling Jaya, semalam.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH] Hanisofian (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ARK, Imran Musa (kiri) dan Ketua Global Arla Foods, Mahdi Salhab pada sidang media di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia