Berita Harian

Meterai perjanjian beli hartanah di Battersea Power Station

Fasa 2 projek Battersea Power Station diyakini mampu beri pendapatan jangka panjang

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah memeterai perjanjian jual beli untuk membeli hartanah komersial di Fasa 2 projek Battersea Power Station di London pada pertimbang­an asas RM8.351 bilion (£1.583 bilion).

Penyusunan semula pemilikan hartanah komersial di Fasa 2 Battersea Power Station itu dilaksanak­an melalui perjanjian jual beli Jumaat lalu antara Battersea Phase 2 Holdco dengan Pnb-kwasa, Sime Darby Property dan SP Setia.

Battersea Phase 2 Holding Company Ltd (Battersea Phase 2 Holdco) adalah anak syarikat milik penuh Battersea Project Holding Co Ltd, yang dimiliki oleh Sime Darby Property dan S P Setia, yang mana masingmasi­ng memegang 40 peratus saham, sementara KWSP memegang 20 peratus.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif, berkata pihaknya komited untuk menyaksika­n projek Battersea itu siap kelak.

Dapat manfaat

“Sebagai sebuah pembanguna­n bersepadu yang disokong oleh penyewa yang kukuh, kami yakin potensi Fasa 2 Hartanah Komersial memberikan hasil mampan dan pendapatan sewa jangka panjang kepada KWSP.

“Kami juga menjangka pembanguna­n ini akan mendapat manfaat daripada sambungan London Undergroun­d Northern Line, yang akan menyediaka­n akses yang baik bagi memajukan kawasan berkenaan menjadi pusat perniagaan dan gaya hidup yang bertenaga,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata pengambila­lihan itu akan membolehka­n PNB menyatukan pemilikan strategikn­ya dalam pembanguna­n di tengah London yang dijangka memberikan aliran pendapatan mampan dan potensi peningkata­n modal pada masa akan datang.

“Cadangan pelaburan itu sudah distruktur dengan teliti bagi memastikan transaksin­ya memenuhi kriteria pelaburan yang ketat PNB. Ini akan memastikan perlindung­an turun naik bagi PNB dan KWSP, pada masa sama membolehka­n penjual mendapat keuntungan daripada pembanguna­n itu, sekiranya pendapatan sewa sebenar lebih baik daripada dijangkaka­n,” katanya.

Urus niaga dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2019. Tapak seluas 17 hektar Battersea Power Station dibangunka­n dalam tujuh fasa sejak 2012, yang diuruskan oleh Battersea Power Station Developmen­t Company yang berpangkal­an di London bagi pihak pemegang saham.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia