Berita Harian

Kursus ABM bantu lahir kontraktor profesiona­l

-

Akademi Binaan Malaysia (ABM) menerusi program Usahawan Kemahiran mahu pelatihnya mencebur ri da wanan dan menjadi kumpulan kontraktor mahir generasi baharu.

Ketua Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid, berkata ABM bukan sahaja memberi peluang kepada golongan belia mendalami kemahiran dalam industri binaan, malah ia turut menjadi platform kepada mereka mempunyai perniagaan sendiri.

Beliau berkata, pihaknya mahu mewujudkan pelapis kontraktor bersama pemikiran dan kelas tersendiri serta menjadi lebih profesiona­l dengan kemahiran yang diperoleh sepanjang tempoh pengajian di ABM.

“Menerusi program Usahawan Kemahiran ini, pelatih lepasan ABM diberi latihan berkonsepk­an ‘Penjenamaa­n Kumpulan’ bagi melahirkan usahawan berkredibi­liti dan berjaya.

Luaskan program usahawan

“Buat masa ini, program ini hanya berada di ABM Wilayah Selatan dengan bidang tumpuan adalah Kemahiran Pendingin Hawa yang mempunyai prestasi yang memberangs­angkan daripada pesertanya.

“Pada masa akan datang, kita merancang untuk mengembang­kan program usahawan ini ke ABM Wilayah Utara serta memperkena­lkan program baharu seperti Kemahiran Pendawaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis graduasi pelatih ABM Wilayah Tengah yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis graduasi itu mengiktira­f seramai 210 pelatih mahir yang berjaya menamatkan kursus di ABM Wilayah Tengah dengan penyampaia­n Sijil Kecekapan CIDB (SKK) CIDB.

Setakat ini, lapan pelatih terpilih sedang mengikuti program usahawan itu dan pada sesi pemilihan terakhir akan menyaksika­n empat pelatih ter r layak untuk menerima peruntukan set peralatan bernilai RM 10,000 setiap seorang.

Ahmad Asri berkata, CIDB akan menaja peralatan lengkap dan membantu peserta memulakan kerjaya sebagai usahawan.

Katanya, inisiatif berkenaan bukan saja mengukuhka­n lagi objektif program ABM dalam menyokong matlamat pem ba ra untuk me ningkatkan pengetahua­n kemahiran industri pembinaan, malah membantu meningkatk­an jumlah tenaga kerja mahir.

Selain itu, beliau berkata, sejak penubuhan ABM pada 1970, pusat kemahiran itu berjaya melahirkan sehingga 400,000 pelatih mahir dan separa mahir sektor binaan dengan peruntukka­n sebanyak RM700 juta.

 ??  ??
 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ??
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia