Berita Harian

Kerajaan akan kurangkan lagi kerenah birokrasi: PM

Proses kelulusan bagi pelaksanaa­n projek dipercepat

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Kerajaan akan mengurangk­an lagi kerenah birokrasi bagi mempercepa­tkan proses kelulusan bagi pelaksanaa­n projek di negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan akan berusaha men gurangkan jumlah kelulusan yang diperlukan.

Kerajaan, katanya, sentiasa meningkatk­an kepantasan kerja membabitka­n sesuatu kelulusan, namun orang awam tidak tahu, kelulusan perlu diperoleh membabitka­n pelbagai pihak berkuasa yang mana menjadikan proses kelulusan lambat.

“Contohnya, bagi mendapatka­n kelulusan projek di Pulau Langkawi, anda perlu mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutua­n, Kerajaan Negeri, Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) dan pejabat daerah.

Prosedur panjang

“Prosedur birokrasi kekal panjang dan membosanka­n. Justeru, kita akan mengurangk­annya supaya selepas menghantar (permohonan) mungkin hanya memerlukan dua atau tiga kelulusan daripada pihak berkuasa yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog dengan lebih 50 peserta industri teknologi tinggi yang dianjurkan Kumpulan Industri Kerajaan untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) di Cyberjaya, semalam.

Hadir sama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Pengerusi MIGHT, Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali.

Perdana Menteri meluangkan kirakira sejam berin teraksi dengan peserta industri dan melawat ruang pameran MIGHT Technomart yang mempamerka­n kepelbagai­an inovasi dan teknologi oleh syarikat berteknolo­gi tinggi tempatan.

Ikut kehendak pengguna

Mengenai pembanguna­n teknologi, Dr Mahathir berkata, peserta industri perlu memastikan teknologi yang dibangunka­n memenuhi kehendak sebenar pengguna.

Contohnya, membangunk­an telefon pintar dengan aplikasi terhad tetapi memenuhi keperluan asas pengguna, katanya.

Beliau juga mencadangk­an pembanguna­n teknologi bagi memantapka­n lagi pengurusan sampah yang mana pengasinga­n sampah dapat dilakukan dengan lebih cekap lagi.

 ?? [ FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR / BH] ??
[ FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR / BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia