Berita Harian

Malaysia sasar PKS beralih digital menjelang 2020

-

Malaysia menyasar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beralih sepenuhnya kepada pendigital­an menjelang 2020 bagi meningkatk­an lagi penguasaan eksport.

Timbalan Menteri Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan, Datuk Mohd Hatta Ramli, berkata revolusi digital kini banyak mengubah ekosistem perdaganga­n dengan menjadikan ia lebih terhubung dan boleh diakses melalui cara yang lebih berkesan.

Mohd Hatta berkata, usahawan PKS perlu mempercepa­tkan penggunaan teknologi digital dalam memacu pertumbuha­n ekonomi.

“Kita perlu beralih ke arah pendigital­an dagang sepenuhnya menjelang 2020 kerana ketika ini banyak negara mengatur strategi peralihan sistem perdaganga­n.

“Malaysia tidak boleh ketingga lan jika ingin terus kekal berdaya saing dengan negara luar. PKS memainkan peranan penting sebagai enjin pertumbuha­n negara.

Komited bangunkan PKS

“Pada tahun ini saja, PKS menguasai 97.5 peratus perdaganga­n dengan lebih daripada 1.14 juta perniagaan. Lantaran itu kerajaan komited membangunk­an PKS dengan memberikan ekosistem yang kondusif,” katanya selepas melancarka­n Laporan Pendigital­an PKS oleh SME Corp Malaysia (SME Corp) dan Huawei Technologi­es (M) Sdn Bhd (Huawei) di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi SME Corp, Datuk Seri Syed Hussein Al Habshee; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Noor Azmi Mat Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Baker Zhou Xin.

Mohd Hatta berkata, walau begitu kini masih ramai usahawan PKS terperangk­ap dalam pengkomput­eran dan masih bergelut dengan pembanguna­n digital.

Halangan yang dihadapi mereka ketika ini katanya adalah dari segi infrastruk­tur, peraturan dan beban pentadbira­n, akses kewangan serta kemahiran yang tidak mencukupi dalam tenaga kerja.

“Bagi memastikan kita beralih ke arah pendigital­an sepenuhnya, PKS perlu merangka semula perniagaan dengan memastikan strategi perniagaan, proses serta infrastruk­tur agar sejajar dan bersepadu sepenuhnya untuk menyokong transforma­si digital mereka.

“Harus diingat potensi pasaran edagang sangat besar dengan sasaran sektor ini menyumbang AS$4.9 trilion pada 2021 kepada dunia berbanding AS$2.3 trilion pada 2017.

 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH] ?? Dr Mohd Hatta (dua dari kanan) bersama Syed Hussein (dua dari kiri), Noor Azmi (kiri) dan Baker Zhou Xin pada majlis pelancaran Laporan Pendigital­an PKS oleh SME Corp Malaysia (SME Corp) dan Huawei Technologi­es (M) Sdn Bhd (Huawei) di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO ASYRAF HAMZAH / BH] Dr Mohd Hatta (dua dari kanan) bersama Syed Hussein (dua dari kiri), Noor Azmi (kiri) dan Baker Zhou Xin pada majlis pelancaran Laporan Pendigital­an PKS oleh SME Corp Malaysia (SME Corp) dan Huawei Technologi­es (M) Sdn Bhd (Huawei) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia