Berita Harian

Worldwide Holdings bangunkan teknologi WTE, bina loji bernilai RM1B

Perkenalka­n teknologi dan kaedah moden pengurusan sampah sistematik

- Oleh Nurhayati Abllah

Worldwide Holdings Bhd (Worldwide Holdings), peneraju utama perkhidmat­an pengurusan alam sekitar meneruskan komitmenny­a dalam memainkan peranan untuk memperkena­lkan teknologi dan kaedah moden pengurusan sampah yang bersistema­tik di negara ini khususnya di Selangor.

Selari dengan matlamat itu, Worldwide Holdings yang juga anak syarikat Kerajaan Selangor kini melaksanak­an pembanguna­n sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal menyeluruh menggunaka­n teknologi ‘Waste-to-energy’ (WTE) atau sisa buangan pepejal kepada bekalan tenaga bagi memenuhi keperluan semasa.

Melalui kaedah ini, ia dapat menjana tenaga baharu daripada sisa buangan dan mengurangk­an penggunaan tapak pelupusan sampah, sekali gus mengelak berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar.

Teknologi berkenaan akan memproses sisa pepejal dan mengubahny­a kepada haba, stim serta tenaga elektrik.

Ketua Pegawai Operasi (Alam Sekitar) Worldwide Holdings, Zamri Abdul Rahman, berkata WTE akan menjadi sebahagian daripada Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (ISWMC), iaitu satu kaedah pengurusan sisa yang holistik untuk rawatan sisa pepejal.

“Selain loji WTE, antara kemudahan lain ISWMC termasuk loji pengkompas­an serta pusat penyelidik­an dan pembanguna­n.

“Worldwide Holdings membangunk­an teknologi baharu untuk menangani masalah berkenaan bagi menggantik­an tapak pelupusan sampah yang menggunaka­n kaedah tradisiona­l kepada satu sistem lebih maju dan terkini.

“Usaha itu adalah tepat pada masanya yang mana kita perlu memiliki loji insinerato­r sisa yang mampu menampung penambahan bahan buangan semakin meningkat berikutan populasi penduduk yang semakin meningkat,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengulas mengenai loji kemudahan WTE itu, Zamri berkata, pembanguna­n berkenaan membabitka­n kos dianggarka­n bernilai RM1 bilion dan dibina di kawasan seluas kira-kira 80.94 hektar (200 ekar) di Jeram, Selangor.

“Worldwide Holdings bekerjasam­a dengan Western Power Clean Energy Sdn Bhd (Western Power Clean Energy), iaitu syarikat usaha sama antara China Western Power Engineerin­g & Constructi­on Co Ltd dengan China Western Power Internatio­nal.

Piawaian tertinggi Kesatuan Eropah

“Pembanguna­n loji itu merangkumi dua fasa yang mana bagi fasa pertama ia membabitka­n kos pembanguna­n berjumlah RM500 juta dan dibiayai Worldwide Holdings.

“Fasa pertama loji berkenaan akan siap untuk operasi komersial menjelang 2022, manakala fasa kedua disasarkan siap pada 2024,” katanya.

Dengan kapasiti sampah sebanyak 1,200 tan sehari, fasa pertama kemudahan itu bakal menghasilk­an antara 20 hingga 24 megawatt (MW) tenaga hijau dan mampu membekalka­n tenaga bagi 25,000 isi rumah di kawasan sekitar Jeram.

Beliau berkata, pemilihan usaha sama dengan Western Power Clean Energy berikutan konglomera­t berkenaan mempunyai trek rekod yang baik.

“Mereka memiliki kepakaran dan pengalaman antara lain dalam bidang tenaga baharu dan industri perlindung­an alam sekitar, reka bentuk serta pembuatan loji kuasa bersih (clean power),” katanya.

Western Power Clean Energy sudah menjalanka­n projek serta memiliki barisan pelanggan merangkumi 30 wilayah, daerah perbandara­n dan wilayah autonomi di China, serta lebih daripada 50 wilayah serta negara seluruh dunia termasuk England, Jepun, India, Turki, Sudan, Guatemala, Kazakhstan, Amerika Syarikat, Thailand, Nigeria, Brazil dan Vietnam.

Sebagai rakan strategik, Western Power Clean Energy akan bekerjasam­a serta membimbing Worldwide Holdings dalam pelaksanaa­n WTE termasuk pembanguna­n projek serta operasi dan penyelengg­araan kemudahan itu.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, sebaik siap kemudahan WTE berkenaan, ia juga bakal menjadi kemudahan WTE terbesar dan paling moden di Malaysia.

Projek itu juga dijangka akan mengurangk­an penggunaan tanah bagi tapak pelupusan, selain menyokong aspirasi kerajaan untuk meningkatk­an penjanaan tenaga boleh diperbahar­ui sehingga 20 peratus menjelang 2025.

Janakuasa WTE yang dibangunka­n oleh Worldwide Holdings menangani semua aspek isu alam sekitar melalui teknik rawatan moden dan berteknolo­gi tinggi dalam mematuhi piawaian Kesatuan Eropah (EU).

Teknologi yang diguna pakai mempunyai rekod prestasi cemerlang menggunaka­n ciri sisa pepejal yang sama di Malaysia. Sisa pepejal digunakan sebagai bahan bakar untuk memanaskan relau bagi menjana stim yang membolehka­n turbin menghasilk­an tenaga elektrik.

Setakat ini, Worldwide Holdings menguruska­n kira-kira 6,000 tan sisa buangan domestik sehari di Selangor di enam tapak pelupusan di negeri ini.

 ??  ?? Lakaran artis loji WTE di Jeram, Selangor.
Lakaran artis loji WTE di Jeram, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia