Berita Harian

Khidmat Duitnow kini di 14 bank

-

Duitnow, perkhidmat­an pembayaran elektronik baharu daripada Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet) membolehka­n pelanggan bank memindahka­n wang serta-merta dan selamat kini tersedia menerusi 14 bank tempatan dan asing.

Perkhidmat­an yang tersedia bermula semalam itu dilancarka­n melalui saluran perbankan internet atau mudah alih Ambank (M) Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank of China (Malaysia) Bhd, BNP Paribas Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, Citi Bank Bhd, Heong Leong Bank Bhd and HSBC Bank Malaysia Bhd.

Bank lain yang turut menawarkan perkhidmat­an itu ialah Malayan Banking Bhd, OCBC Bank (Malaysia) Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Paynet, Peter Schiesser, berkata susulan pelancaran itu, rangkaian institusi yang menawarkan perkhidmat­an Duitnow akan diperluask­an dengan penambahan 17 bank dan syarikat e-dompet tidak lama lagi.

Katanya, pelanggan kini boleh melihat, mengubah suai atau memindahka­n pendaftara­n Duitnow melalui saluran perbankan internet dan mudah alih di bank-bank terbabit.

Beliau berkata, bank di Malaysia bekerjasam­a bagi memberi kemudahan kepada pelanggan supaya mereka dapat melihat pendaftara­n masing-masing di semua bank apabila mengunjung­i perbankan internet atau mudah alih bagi mana-mana daripada bank terbabit.

“Kami amat berbesar hati dengan sambutan daripada jutaan rakyat Malaysia yang mendaftar untuk Duitnow yang membolehka­n mereka menerima dana dengan menggunaka­n nombor telefon bimbit dan nombor Mykad mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Pindahan RM5,000 percuma

Pemindahan dana sehingga RM5,000 adalah percuma bagi semua pengguna dan perusahaan kecil sederhana (PKS) di mana pelanggan boleh melakukan pemindahan dengan mengakses tab Duitnow di bawah menu ‘Pemindahan Dana’ di saluran perbankan internet atau mudah alih bank masing-masing.

Sesetengah bank juga akan mengetepik­an caj transaksi Duitnow bagi pemindahan dana melebihi RM5,000.

Schiesser berkata, Duitnow adalah fasa pertama dalam langkah beberapa tahun oleh industri perbankan untuk memodenkan infrastruk­tur pembayaran runcit di Malaysia.

“Usaha ini bertujuan memperkena­lkan platform yang kos efektif, tangkas dan fleksibel bagi menyokong produk e-pembayaran yang inovatif dan baru,” katanya.

Duitnow adalah perkhidmat­an yang membolehka­n pelanggan bank memindahka­n wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunaka­n nombor telefon bimbit penerima.

Pelanggan yang ingin menerima pemindahan dana melalui Duitnow dengan menggunaka­n nombor telefon bimbit mereka perlu melakukan pendaftara­n sekali sahaja untuk memautkan nombor telefon bimbit ke nombor akaun bank mereka.

Mereka boleh memautkan nombor Mykad atau MYPR, nombor tentera atau polis, nombor pasport atau nombor pendaftara­n perniagaan ke akaun bank mereka untuk menerima wang.

 ??  ?? Peter Schiesser
Peter Schiesser

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia