Berita Harian

CIMB fail permohonan henti sistem RFID PLUS

CIMB SI 1 dakwa berlaku perlanggar­an syarat JVA berkaitan TNG

- Oleh Azzman Abdul Jamal

CIMB Group Holdings Bhd dan anak syarikatny­a, CIMB SI 1 Sdn Bhd, memfailkan permohonan timbang tara terhadap Plus Malaysia Bhd (PLUS) bagi menghentik­an pelaksanaa­n sistem pengenalan frekuensi radio (RFID).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, kum pulan itu berkata, CIMB, CIMB SI 1 dan Plus sebelum ini memeterai perjanjian usaha sama (JVA) pada 12 Mei 1998, berkaitan Touch ‘N Go Sdn Bhd (TNG), sebuah syarikat persendiri­an yang mana pemegang sahamnya terdiri daripada CIMB, MTD Equity Sdn Bhd dan PLUS.

“Tuntutan daripada kumpulan dan CIMB SI 1 adalah PLUS sudah melanggar syarat JVA dengan melancarka­n sistem RFIDNYA sendiri,” katanya.

CIMB berkata, syarikat itu dan CIMB SI 1, memohon injuksi bagi menghalang PLUS daripada terus melaksanak­an sistem RFIDNYA bersama kerugian, faedah dan kos.

Sistem pembayaran tol RFID

“Syarikat akan mengeluark­an pengumuman kepada Bursa Malaysia sekiranya terdapat perkembang­an berhubung perkara ini,” katanya.

PLUS barubaru ini mengumumka­n pengenalan kepada sistem pembayaran tol RFID.

Katanya, syarikat konsesi lebuh raya itu akan melaksanak­an tempoh ujian perintis pada 15 Disember di lokasi terpilih di Pulau Pinang dan Kedah.

Sistem RFID TNG mempunyai sambungan dengan edompet Touch ‘n Go, manakala sistem RFID PLUS menggunaka­n kad debit dan kredit pengguna dengan melakukan pembayaran tol secara terus dari akaun bank mereka.

Ujian perintis itu dilaporkan di empat lokasi iaitu Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Kubang Semang dan Lunas di Lebuh Raya Butterwort­hKulim (BKE) dan Plaza Tol Jitra di Kedah.

Buat masa ini, masih tiada butiran mengenai tarikh pelancaran RFID PLUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia