Berita Harian

Top Glove raih untung bersih suku pertama RM110.06 juta

-

Top Glove Corporatio­n Bhd, pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, mencatat keuntungan bersih RM110.06 juta untuk suku pertama berakhir 30 November 2018, meningkat 4.4 peratus susulan meraih perolehan jualan suku tertinggi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, kumpulan itu berkata, perolehann­ya melonjak kepada RM1.26 bilion daripada RM938.17 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Prestasi pertumbuha­n

Katanya, prestasi pertumbuha­n sebanyak 34.5 peratus itu disumbang oleh permintaan kukuh pada peringkat pasaran maju serta sedang pesat membangun.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Tan Sri Lim Wee Chai, berkata kumpulan itu juga memulakan tahun kewangan 2019 dengan sentimen yang lebih positif.

“Tidak mudah untuk terus mencatatka­n keputusan kukuh dalam persekitar­an operasi yang semakin mencabar dan ini adalah hasil daripada usaha pemasaran serta program memperting­kat kecekapan yang dijalankan secara berterusan.

“Saya yakin kita mampu melihat prestasi tahun depan yang lebih baik jika terus menumpukan usaha menambah baik kualiti dan kecekapan selain melaksanak­an teknologi maju dalam operasi,” katanya.

Persekitar­an perniagaan dijangka terus mencabar

Top Glove berkata, walaupun pelan pengembang­an beberapa kemudahan kilang sedia adanya berjalan lancar, kumpulan itu menjangkak­an persekitar­an perniagaan akan terus mencabar pada tahun depan akibat persaingan sengit, kenaikan kos serta pelaksanaa­n gaji minimum yang berkuat kuasa bulan depan.

“Bagaimanap­un, kumpulan ini percaya prospek industri kekal positif berikutan peningkata­n penggunaan sarung tangan, khususnya di negara sedang pesat membangun dan dijangka berkembang sebanyak 10 peratus setahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia