Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak global kebanyakan­nya kukuh semalam, selepas menyusut dua peratus pada sesi dagangan sebelum ini.

Bagaimanap­un, ia terus menerima tekanan berikutan pertumbuha­n ekonomi yang lebih perlahan serta kebimbanga­n lebihan bekalan di pasaran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$60.31 satu tong, pada 0722 GMT, naik 3 sen, atau 0.05 peratus, daripada penutup terakhirny­a.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) West Texas Intermedia­te berada pada AS$51.27 satu tong, naik 7 cent atau 0.14 peratus.

Peningkata­n berterusan output syal AS terus memberi tekanan terhadap harga minyak, manakala beberapa analisis meragui bahawa potongan bekalan oleh anggota Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) akan cukup untuk mengimbang­kan pasaran.

“Penguranga­n bekalan oleh OPEC mungkin tidak akan berkesan kali ini memandangk­an Qatar dan Iran enggan mengurangk­an pengeluara­n. Bagaimanap­un, persoalan timbul apabila Russia bersetuju dengan jumlah yang dipersetuj­ui.

“Sementara itu, pengeluara­n AS akan terus meningkat. Justeru, keseluruha­n beban akan memberi kesan kepada Arab Saudi, yang kini menerima tekanan dari Trump,” kata Pengarah Trifecta, Sukrit Vijayakar.

OPEC dan negara bersekutu diketuai Russia bersetuju untuk kurangkan output bermula Januari, dan langkah itu akan disemak semula dalam mesyuarat pada April.

Sementara itu, kebimbanga­n semakin meningkat terhadap pertumbuha­n yang lebih perlahan di pasaran utama seperti China dan Eropah turut memberi kesan kepada minyak.

Operasi kilang penapisan minyak China pada November menyusut berbanding Oktober, sekali gus mencadangk­an permintaan minyak menurun, manakala output industri negara itu meningkat pada kadar terendah dalam tempoh tiga tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia