Berita Harian

FBM KLCI susut 20.34 mata

Kerugian saham wajaran tinggi terpilih jejas prestasi pasaran

-

Saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan semalam lebih rendah berikutan kerugian dalam saham berwajaran tinggi terpilih, di tengahteng­ah sentimen pasaran yang lemah.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 20.34 mata lebih rendah kepada 1,641.62 daripada 1,661.96 ketika ditutup pada Jumaat.

Selepas dibuka 12.68 mata lebih rendah kepada 1,649.28, indeks bergerak antara 1,641.62 dan 1,660.66 sepanjang hari.

Peniaga berkata, sentimen belian di pasaran tempatan terjejas oleh prestasi lemah pasaran AS, dengan ketigatiga penanda aras utama merosot pada Jumaat minggu lalu, berikutan tandatanda ekonomi global yang perlahan.

Komposit Nasdaq merosot 2.3 peratus, Dow Jones Industrial Average jatuh dua peratus dan S&P 500 turun 1.9 peratus.

Suasana pasaran di Bursa Malaysia adalah negatif dengan 689 kaunter rugi dan 179 mencatat untung, manakala 306 tidak berubah, 727 tidak diniaga dan 23 lagi digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 1.46 bilion unit bernilai RM1.17 bilion berbanding 1.50 bilion unit bernilai RM1.39 bilion yang diniagakan Jumaat lalu.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank jatuh tujuh sen kepada RM9.30, Public Bank rugi 52 sen kepada RM24.22, Tenaga susut 34 sen kepada RM12.92 tetapi Petronas Chemicals naik enam sen kepada RM12.92.

Saham aktif, Bumi Armada susut 1.5 sen kepada 16, Sapura Energy turun satu sen kepada 32 sen dan Priceworth Internatio­nal menambah setengah sen kepada enam sen.

Indeks Emas FBM merosot 161.07 mata kepada 11,258.04, Indeks FBMT 100 turun 155.07 mata kepada 11,162.46, FBM 70 jatuh 245.59 mata kepada 12,947.97, Indeks Syariah Emas FBM menguncup 160.35 mata kepada 11,187.93 dan Indeks FBM Ace berkurang 127.24 mata kepada 4,262.87 .

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan jatuh 237.97 mata kepada 17,119.79, Indeks Perladanga­n menurun 88.56 mata kepada 6,559.10 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian merosot1.36 mata kepada 165.44.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.01 bilion saham bernilai RM1.09 bilion daripada 938.32 juta saham bernilai RM1.28 bilion Jumaat lalu.

Perolehan waran jatuh kepada 256.86 juta unit bernilai RM56.88 juta berbanding 358.09 juta unit bernilai RM78.45 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik sedikit kepada 198.75 juta saham bernilai RM30.02 juta daripada 198.15 juta saham bernilai RM29.39 juta.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 135.37 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an industri (219.38 juta), pembinaan (59.32 juta), teknologi (132.92 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (23.70 juta) hartanah (78.62 juta), perladanga­n (27.97 juta), REIT (6.79 juta), tertutup/dana (sifar), tenaga (235.84 juta), penjagaan kesihatan (22.17 juta), telekomuni­kasi dan media (13.98 juta), pengangkut­an dan logistik (40.74 juta) dan utiliti,15.97 juta. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia