Berita Harian

Pelabur Asia tunggu petunjuk AS, China

-

Pasaran Asia kebanyakan­nya meningkat semalam, berikutan peniaga menunggu petunjuk daripada mesyuarat Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed AS) dan persidanga­n penetapan dasar China minggu ini.

Bagaimanap­un, pasaran kekal berhatihat­i selepas sesi jualan besarbesar­an pada Jumaat minggu lalu mencetuska­n kebimbanga­n terhadap ekonomi China.

Walaupun terdapat tanda bahawa dua ekonomi terbesar dunia itu sudah mula ke arah mencapai penyelesai­an berhubung isu pelaksanaa­n tarif, kebimbanga­n semakin meningkat mengenai prospek global berikutan satu lagi penunjuk lain dari China.

Laporan menunjukka­n pergerakan ekonomi yang lebih perlahan untuk China, dan pemerhati menjangkak­an pemimpin negara itu akan memperkena­lkan langkah baharu untuk meningkatk­an eko nomi, menunjukka­n pertumbuha­n yang lebih perlahan.

“Kita menjangkak­an penggubal dasar China akan memperkena­lkan langkah untuk merancakka­n dan menstabilk­an ekonomi domestik,” kata Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes.

Fed AS akan mengadakan mesyuarat penepatan dasar kadar Rabu ini, yang mana pasaran akan menunggu kenyataan dari Pengerusi, Jerome Poweel untuk mendapatka­n petunjuk bagi perancanga­n untuk 2019.

“Mesyuarat Fed dan penetapan dasar China menjadi perhatian utama di pasaran, dan keduaduany­a mempunyai kesan terhadap sentimen risiko,” kata Innes.

Shanghai menokok 0.2 peratus dan Tokyo ditutup 0.6 peratus lebih tinggi, manakala Sydney meningkat satu peratus dan Singapura naik 1.2 peratus.

Seoul dan Taipei masingmasi­ng memperoleh 0.1 peratus, manakala Wellington bertambah 0.3 peratus.

Mumbai dan Manilla turut mencatat peningkata­n manakala Hong Kong menurun sedikit. AFP

 ??  ?? Pasaran Shanghai menokok 0.2 peratus namun pasaran China kekal berhati-hati selepas sesi jualan besar-besaran Jumaat lalu.
Pasaran Shanghai menokok 0.2 peratus namun pasaran China kekal berhati-hati selepas sesi jualan besar-besaran Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia