Berita Harian

Sindiket seludup rokok, arak RM12.9J tumpas

Bot tak sempat punggah barang, 10 anak kapal warga Indonesia ditahan

- Oleh Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my

Sindiket penyeludup­an ‘berputih mata’ selepas sebuah bot barter trade yang membawa 2,600 kotak rokok dan 60 kotak minuman keras pelbagai jenama bernilai RM12.9 juta ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim, Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata bot kayu sepanjang 34 meter itu ditahan pada kedudukan 16.7 batu nautika barat daya Kuala Selangor, jam 5 petang.

Hasil maklumat nelayan

Katanya, penahanan berkenaan hasil maklumat nelayan tempatan yang melihat bot berkenaan berulang-alik dipercayai menunggu bot pancung untuk mengambil kotak terbabit sebelum dibawa ke darat.

“Ketika anggota penguat kuasa menghampir­i bot berkenaan, sebuah bot pancung dilihat merapat bot barter trade itu dipercayai ingin memunggah kotak rokok, namun memecut sebaik menyedari kehadiran bot Maritim Malaysia.

“Seorang tekong dan sembilan kru lelaki warga Indonesia berusia 22 hingga 53 tahun ditahan dan bot berkenaan diiringi ke jeti Pulau Indah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 kerana membawa masuk barang tanpa kelulusan kastam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Selangor, di sini, semalam.

3 hari punggah barang

Difahamkan, setiap kotak diisi 50 karton rokok dan bot berkenaan dipercayai memulakan perjalanan dari negara jiran.

Mohd Zubil berkata, selain kotak rokok dan minuman keras, pihaknya merampas bot, enjin, janakuasa serta peralatan navigasi dengan keseluruha­n rampasan bernilai RM13.4 juta.

“Anggota penguat kuasa mengambil masa lebih tiga hari untuk memunggah barang rampasan terbabit dan ia kes keempat terbesar pada 2018 di perairan Selangor.

“Maritim Malaysia menghargai kerjasama orang ramai membantera­s kegiatan haram ini dan sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke bilik operasi maritim atau MERS 999,” katanya.

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR /BH] ?? Mohd Zubil (tengah) menunjukka­n rokok dan minuman keras pelbagai jenama dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Selangor, Pelabuhan Klang, semalam. Bot ‘barter trade’ membawa rokok dan minuman keras pelbagai jenama ditahan Maritim Malaysia, di Kuala Selangor, Jumaat lalu.
[FOTO FAIZ ANUAR /BH] Mohd Zubil (tengah) menunjukka­n rokok dan minuman keras pelbagai jenama dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Selangor, Pelabuhan Klang, semalam. Bot ‘barter trade’ membawa rokok dan minuman keras pelbagai jenama ditahan Maritim Malaysia, di Kuala Selangor, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia