Berita Harian

Pasangan kekasih, 3 kaki pukul direman

-

Petaling Jaya: Sepasang kekasih dan tiga ‘kaki pukul’ atau bouncer ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pengurus pusat hiburan yang maut ditetak dalam pergaduhan di hadapan sebuah pub di pusat perniagaan 8 Avenue, Seksyen 8, di sini, pagi kelmarin.

Perintah tahanan reman empat suspek lelaki dan seorang wanita yang semuanya berusia 20 hingga 30 tahun itu dikeluarka­n Penolong Pendaftar, Hairol Azhar Mohd Ishak di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Semua suspek yang direman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagi kesalahan itu, semua suspek boleh dihukum mati jika disabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata semua suspek iaitu tiga ‘kaki pukul’ dan pasangan kekasih yang juga penganggur direman bermula semalam sehingga 23 Disember bagi membantu siasatan.

Diserang sekumpulan lelaki

NSTP melaporkan, pada kejadian jam 6.38 pagi, mangsa berusia 28 tahun dipercayai diserang sekumpulan lelaki bersenjata­kan parang ketika berdiri di luar pub terbabit bersama beberapa lelaki lain.

Berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV), berlaku pergaduhan awal antara beberapa lelaki di hadapan pub terbabit pada jam 5.32 pagi.

Mangsa yang juga pengurus sebuah pub di Bangsar menetap di Maxwell Towers, Jalan Gasing Indah, di sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 7.40 pagi.

 ??  ?? Pasangan kekasih dan tiga kaki pukul ditahan reman tujuh hari bagi siasatan kes pengurus pusat hiburan maut ditetak di Seksyen 8, Petaling Jaya, kelmarin.
Pasangan kekasih dan tiga kaki pukul ditahan reman tujuh hari bagi siasatan kes pengurus pusat hiburan maut ditetak di Seksyen 8, Petaling Jaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia