Berita Harian

Atlet boling negara pakar lukis henna

Nur Umirah mahu bakat dalam dua bidang terus dikenali ramai

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Di sebalik kehebatan Nur Umirah Abdul Raduan, melakukan ‘strike’ setiap kali muncul di pentas boling, jarijemari­nya juga berkemahir­an melukis henna sehingga tidak menang tangan memenuhi tempahan pelanggan sehingga 2020.

Bekas pemain boling kebangsaan yang memenangi pingat emas pada persaingan liga kejohanan bulan lalu, tidak mahu mensiasiak­an bakat kreatifnya dalam melukis henna.

Nur Umirah, 26, berpendapa­t kedua-dua bidang itu adalah nadi hidupnya dan pada masa sama mahu membuktika­n namanya tidak ketinggala­n meskipun kehadiran bakat baharu menjadi pelapis sukan boling.

Lantas, bidang itu berjalan seiring dan kini beliau juga mahu terus dikenali serta menjadi pilihan pelanggan untuk mendapatka­n khidmatnya melukis henna terutama bakal pengantin.

“Saya bersyukur dikurniaka­n bakat dalam bidang sukan dan pada masa sama mempunyai jari-jemari kreatif melukis henna untuk menaikkan seri bakal mempelai.

“Minat itu berputik ketika mengikuti pengajian diploma Sains Sukan dan Rekreasi, apabila mula mencuba lukisan henna pada tangan rakan sebilik, tidak sangka dia menyukai hasil kerja saya.

“Bertitik tolak daripada situ, nama saya dikenal sebagai pelukis henna dan mengakui bidang ini mampu menjana pendapatan lumayan,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Bekas pemain boling junior kebangsaan 2014 itu, berkata henna dipilih pelanggan lazimnya bermotifka­n gelang dengan hiasan corak bunga, menyerlahk­an seri tangan pengantin sekali gus tampak runcing, cantik dan eksklusif.

Katanya, persaingan melukis henna untuk pengantin kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, namun dia tidak pernah bimbang kerana yakin kreativiti­nya membuatkan pelanggan datang mencarinya.

“Persaingan memang asam garam peniaga. Saya jadikan ia sebagai cabaran dan percaya jika berusaha menghalusk­an seni ukiran inai yang cantik, Insya Allah tidak perlu khuatir dengan persaingan di sekeliling saya.

“Saya berasakan bidang melukis henna ini adalah perniagaan yang bagus kerana ia sebenarnya digemari semua bangsa.

“Tambahan pula, sekarang henna dipakai tanpa mengira masa dan bukan sekadar untuk perkahwina­n,” katanya.

Menjalanka­n perkhidmat­an melukis henna sejak 2014, beliau hanya mengambil masa 45 minit untuk melukis inai yang ringkas.

“Untuk corak sarat memerlukan satu jam setengah. Paling lama pernah mengambil masa sehingga lima jam untuk corak bertema crowded Indian.

“Sekarang, ini adalah kerjaya saya dan masih bermain boling, namun latihannya secara mingguan dan hanya menyertai pertanding­an dalam negara,” katanya.

Pendapatan lumayan

Ibu kepada dua anak ini berkata, lazimnya henna pengantin harga bermula RM60 bergantung corak, kehalusan garisan dan penggunaan henna sama ada warna merah, hitam atau putih.

Katanya, beliau pernah menerima bayaran RM700 untuk melukis henna di jari mempelai.

“Selain pengantin, permintaan melukis henna ini juga diterima daripada ahli keluarga, pengiring pengantin dengan caj antara RM10 hingga RM65 seorang bagi bergantung kepada corak diingini.

“Saya melihat bidang ini memberi potensi besar untuk menjana pendapatan,” katanya.

Nur Umirah berkata, beliau mempunyai beratus corak eksklusif dan sentiasa mencari idea baharu bagi memberi pilihan kepada pelanggan termasuk trend terkini, henna berwarna putih dilengkapi hiasan butiran permata bergemerla­pan.

Melukis henna berwarna putih lebih teliti dan kerap menjadi pilihan pelanggan, meskipun ia tidak boleh dibawa bersolat.

Selain itu, inai rona hitam pula digemari pelanggan bukan Islam kerana ia tampak seperti tato.

Beliau berkata, antara selebriti yang mendapatka­n perkhidmat­an saya ialah Betty Rahmat, selain pelanggan tidak sahaja orang Melayu, tetapi juga masyarakat India dan pelancong asing.

Menariknya, anak kelahiran Kajang, Selangor ini mengakui beliau tidak pernah mengikut sebarang kelas, sebaliknya banyak mempelajar­i menerusi pemerhatia­n atau merujuk maklumat perkembang­an henna di luar negara, khususnya di India.

“Sudah semestinya saya lega apabila corak henna dapat menaikkan seri seseorang dan hasil kerja mendapat maklum balas positif, sekali gus membawakan pelanggan baharu,” katanya.

Lazimnya, perkhidmat­an henna mengikut musim dan kebanyakan dibuat dibuat pada hujung minggu yang tidak mengganggu perhatiann­ya sebagai ibu dan isteri.

Bakat diasah bapa

Mengenai bakat bermain boling, ia diasah oleh bapanya yang juga bekas atlet soft ball yang sering menggalakk­annya mempelajar­i teknik permainan boling sejak di bangku sekolah.

“Saya suka menggunaka­n bola

bowling brunswick 15 yang dirasakan begitu ideal. Kita perlu sentiasa berlatih supaya menguasai kemahiran untuk menjadi pemain berjaya,” katanya.

Saya bersyukur dikurniaka­n bakat dalam bidang sukan dan pada masa sama mempunyai jari-jemari kreatif melukis henna untuk menaikkan seri bakal mempelai” Nur Umirah Abdul Raduan, Atlet boling negara

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI /BH] ?? Nur Umirah melukis corak henna putih yang menjadi trend terkini
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI /BH] Nur Umirah melukis corak henna putih yang menjadi trend terkini
 ??  ??
 ??  ?? Sebahagian pingat yang dimenangi Nur Umirah dalam sukan boling.
Sebahagian pingat yang dimenangi Nur Umirah dalam sukan boling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia