Berita Harian

Black bina empayar

Tubuhkan Black Music gilap bakat baharu sebagai penyambung legasi seni

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan muhamadfai­roz@bh.com.my

Hampir sedekad dalam industri muzik, Black akur, segala pencapaian yang diraih sepanjang tempoh itu belum memberinya kepuasan maksimum. Memulakan langkah selepas menjuarai program realiti, Mentor musim ketiga pada 2009, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 30, berkata dia tidak mahu namanya sekadar bertahan.

Black sebaliknya, menyimpan impian untuk membina empayar sendiri sebagai penyambung legasi terhadap usaha yang dibinanya itu.

Bagi Black, seboleh mungkin dia tidak mahu bakat dan pengalaman­nya terkubur begitu saja tanpa dikongsi serta dicurahkan dengan penyanyi pelapis.

Justeru, katanya, menerusi Black Music yang menaungi tiga bakat baharu iaitu Syeera Aziz, Afif Sola dan Ucop, dia berharap, pengaruhny­a akan berkembang, seterusnya mengukuhka­n lagi posisinya dalam industri muzik.

Susun rancangan

“Saya lihat usaha ini sebagai titik permulaan kerana sudah lama saya mengimpika­n untuk mempunyai syarikat pengurusan artis sendiri.

“Setakat ini, kami hanya mempunyai tiga artis. Insya-allah, tidak lama lagi akan ada bakat baharu

Black

lain yang dibawa masuk bernaung di bawah Black Music.

“Saya buat semua ini kerana minat dan ketika ini, saya masih menyusun perancanga­n untuk memastikan bakat naungan lebih menyinar.

“Alhamdulil­lah, meskipun belum membuahkan hasil membanggak­an, saya lihat potensi besar yang ada dalam diri mereka. Syeera umpamanya, lebih menyerlah sebagai pelakon kerana dia mempunyai penampilan menarik,” katanya.

Saya lihat usaha ini sebagai titik permulaan kerana sudah lama saya mengimpika­n untuk mempunyai syarikat pengurusan artis sendiri. Setakat ini, kami hanya mempunyai tiga artis. Insya-allah, tidak lama lagi akan ada bakat baharu lain yang dibawa masuk bernaung di bawah Black Music”

Meskipun sudah memiliki syarikat sendiri, penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Rindu Sayang

Kamu itu akan tetap meneruskan kerjaya seninya.

Black berkata, dia akan tampil dengan album ketiga tahun depan dan masih mengekalka­n konsep yang sama seperti dua produksi terdahulu.

Namun, katanya, album itu akan mendapat sedikit suntikan muzik rock kapak yang popular pada era 1990-an.

“Saya tidak boleh lagi menghasilk­an album sama seperti ketika mula bertapak dulu. Saya perlu pilih lagu yang bersesuaia­n dengan usia.

“Saya akan satukan lagu yang pernah popular sedikit masa lalu, di samping beberapa sentuhan baharu sebagai pelengkap.

“Saya berharap album ini akan menemui peminat sebelum Mei depan. Setakat ini, saya sudah mempunyai tujuh lagu.

“Memandangk­an album penuh hanya memuatkan enam lagu, saya turut menyelitka­n lagu baharu bersama Zul 2 By 2, Sakit

Ku Rasa,” katanya.

Kembali berlakon

Akan memulakan rakaman pada bulan depan, Black berkata, dia juga merancang kembali berlakon menerusi sebuah telefilem yang turut menampilka­n Hazama, Akim dan Tomok.

Telefilem berkisar persahabat­an itu akan menjalani penggambar­an pada Mac depan.

“Ia adalah telefilem pertama lakonan saya. Telefilem ini membawa pembaharua­n dan saya yakin diterima meskipun, barisan pelakonnya adalah penyanyi,” katanya.

Konsert di Singapura

Selepas pencapaian muncul bersama Tomok dalam persembaha­n di Dewan Filharmoni­k Petronas (DFP) pada 28 November lalu, Black berkata, sebuah lagi konsert akan menyusul tahun depan di Singapura.

“DFP adalah pentas berprestij yang menjadi impian setiap penyanyi untuk beraksi. Apabila diberi peluang membuat persembaha­n sempena ulang tahun ke-20 DFP, saya sangat terharu dan berbangga.

“Alhamdulil­lah, sambutan pada malam itu cukup mengagumka­n dan saya berpuas hati. Lebih bermakna apabila beberapa penaja sudi membawa konsert kami ke Singapura, cuma tarikh belum diputuskan lagi.

“Ada beberapa sedikit penambahba­ikan akan dibuat untuk memastikan konsert itu memberi kelainan kepada peminat di Singapura nanti,” katanya.

Berhabis demi pendidikan anak

Selepas tampil dengan single, Pot Pet bersama anaknya, Dayyan, 4, dan mendapat sambutan ramai, Black berkata, setakat ini dia belum merancang untuk menghasilk­an lagu terbaru bersama putera sulungnya itu.

Sibuk merencana keperluan prasekolah Dayyan, awal tahun depan, Black dan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira, 33, mahu anak mereka menumpukan perhatian kepada pendidikan demi masa depannya.

“Tahun depan, kami akan menghantar Dayyan ke sekolah. Kami sudah meninjau beberapa sekolah yang bersesuaia­n kerana mahu memberikan pendidikan terbaik untuknya.

“Saya tidak kisah berhabis asalkan dia mendapat pendidikan yang sempurna,” katanya yang turut membuat simpanan untuk anaknya itu, termasuk Rindu Dayyana yang baru sebulan dilahirkan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia