Berita Harian

Tak percaya pengasuh

Teliti dalam hal penjagaan bayi, Ezzaty rela besarkan sendiri anak

- Oleh Farhana Ab Rahman

Dikurniaka­n puteri pada 6 Disember tahun lalu, Ezzaty Abdullah mengakui, rela berkorban demi memastikan anak kesayangan­nya, Harum Dahlia mendapat perhatian sebaiknya.

Meskipun sibuk dengan tawaran berlakon, Ezzaty, 28, lebih selesa membesarka­n sendiri anak daripada menghantar­nya ke pusat asuhan.

Mengakui sukar meletakkan kepercayaa­n kepada orang luar untuk menjaga anaknya, isteri kepada pelakon, Azwan Kombos itu enggan mengambil risiko, terutama apabila membaca pelbagai laporan membabitka­n kecuaian pengasuh.

“Apabila saya kembali aktif, suami pernah memberikan idea supaya menghantar anak untuk dijaga pengasuh, tetapi saya tidak bersetuju.

“Saya lebih rela bergilir-gilir dengan suami menjaga Harum. Pengalaman bekerja di taska dulu membuatkan saya lebih teliti dalam hal penjagaan anak,” katanya.

Ezzaty yang mencipta nama menerusi filem antaranya

Kandaq dan itu berkata, dia bertuah kerana Azwan ringan tulang dan sedia membantu apabila diperlukan.

Rancang tambah zuriat

Memandangk­an Harum masih menyusu badan, ada ketika Ezzaty akan membawa anaknya itu ke lokasi penggambar­an.

“Memandangk­an Harum masih memerlukan perhatian rapi kami berdua, saya dan suami sepakat merancang mengenai soal menambah zuriat.

“Lagipun, kami berdua menjaga sendiri Harum tanpa pembantu rumah. Alhamdulil­lah, suami tidak merungut apabila terpaksa berjaga malam untuk menukar lampin dan memastikan keselesaan Harum,” katanya.

Tidak menafikan, anak adalah penyeri dan membawa rezeki dalam rumah tangga, Ezzaty serta Azwan bagaimanap­un, realistik kerana mahu memberikan yang terbaik kepada zuriat mereka.

“Benar anak itu membawa rezeki, namun sebagai ibu bapa, kita harus menilai kemampuan. Tidak mahu nanti anak terabai hingga makan pakai tidak terurus.

“Ketika ini, kami mahu memberi fokus terlebih dulu kepada Harum memandangk­an dia baru genap setahun. Insya-allah, jika ada rezeki, pasti kami mahu menambah zuriat lagi,” katanya.

Tiada niat ‘jual’ anak

Mengulas tindakanny­a membuka akaun media sosial untuk anak mereka, Ezzaty berkata, dia dan suaminya berbuat demikian untuk menyimpan momen indah membesarka­n Harum.

“Tidak dinafikan, kami memang menerima tajaan pelbagai produk barangan untuk bayi. Kami anggap ia sebagai rezeki Harum dan sedikit sebanyak, tajaan itu membantu meringanka­n perbelanja­an.

“Kami tidak pernah terlintas menggunaka­n populariti untuk ‘menjual’ anak,” katanya.

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE/BH ] ?? Ezzaty dan Azwan ketika majlis sambutan ulang tahun pertama Harum.
[ FOTO AZIAH AZMEE/BH ] Ezzaty dan Azwan ketika majlis sambutan ulang tahun pertama Harum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia