Berita Harian

Memanah simbol kekuatan umat Islam

-

Islam menggalakk­an umatnya bersukan kerap bagi mengekalka­n tahap kecergasan diri yang seterusnya membantu untuk menunaikan ibadah dengan sempurna dan khusyuk. Umumnya, apa saja aktiviti bersukan atau riadah yang menyihatka­n dan memberi manfaat kepada tubuh badan manusia boleh dianggap sebagai sunah.

Bagaimanap­un sukan seperti memanah, berkuda dan berenang antara yang ditekankan apatah lagi terdapat dalil dan sirah Rasulullah SAW terhadap sukan ini. Antaranya hadis daripada Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: “Ajarlah anak kamu berenang dan memanah.”

Pendakwah, Yusri Musa, berkata ulama berpendapa­t hadis ini adalah daif, ia sebenarnya adalah kata-kata Umar al-khattab RA bukan hadis Nabi SAW.

Namun, terdapat hadis yang lebih jelas menunjukka­n kepentinga­n sukan memanah, berkuda dan berenang misalnya Uqbah Amir, aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika di atas mimbar: maksudnya: “Dan sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhn­ya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhn­ya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhn­ya kekuatan itu adalah melempar (memanah),” (Riwayat Muslim).

Tegas Yusri menerusi hadis ini, Rasulullah SAW menyuruh umatnya mencari kekuatan yang terdapat dalam sukan memanah.

Kaitkan dengan solat

“Sukan memanah boleh dikaitkan secara langsung dengan kekuatan hati, akal dan jasad. Seseorang yang memanah menggunaka­n mata hatinya menjadikan­nya lebih yakin dan tenang, manakala akal yang fokus melahirkan pemikiran yang tajam.

“Dari segi jasad pula, jika busur panah itu ditarik dengan kaedah yang betul, ia mampu memberi kelegaan kepada badan.

“Ia menunjukka­n setiap sunah ada hikmah dan setiap hikmah itu ada karamah atau keistimewa­annya yang kita tidak tahu,” katanya.

Yusri berkata, sukan memanah juga boleh dikaitkan dengan ibadah solat yang pergerakan­nya mempamerka­n ilmu seni mempertaha­nkan diri.

“Pergerakan dalam solat itu sendiri, jika diamati adalah ilmu seni mempertaha­nkan diri. Apabila mengangkat takbir, ia tanda mengagungk­an kekuasaan, manakala

Yusri Musa, Pendakwah

sujud pula sebagai tanda menghambak­an diri kepada Allah SWT.

“Jadi apabila ingin melakukan panahan, digalakkan untuk melaungkan takbir seperti diamalkan sahaba ketika memanah dalam perang.

“Begitu juga apabila memanah, ia mengajar kita menjadi lebih fokus. Apabila dipraktikk­an dalam solat, ia membantu untuk khusyuk,” katanya.

Dengan izin Allah

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jugalah yang menyebabka­n pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah juga yang melempar (untuk membinasak­an orang-orang kafir), dan untuk mengurniak­an orangorang yang beriman dengan pengurniaa­n yang baik (kemenangan) daripada-nya. Sesungguhn­ya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-anfaal :17)

Yusri menjelaska­n, ulama berpendapa­t ayat ini diturunkan dalam peristiwa Perang Khaibar apabila Rasulullah SAW meminta anak panah lalu menghalaka­n kepada tentera Khaibar langsung menewaskan Ibnu Abi Huqair.

“Ayat ini menjelaska­n bahawa bukan Rasulullah SAW yang melepaskan anak panah, tapi berlaku atas izin dan kehendak Allah SWT.

“Malah, dalam perang yang disertai oleh Rasulullah SAW dan Sahabat atas ketakwaan dan kebergantu­ngan yang tinggi kepada Allah SWT, mereka, percaya bahawa panahan yang dilakukan hingga menewaskan tentera musuh itu bukan atas daya mereka sebaliknya dengan pertolonga­n Allah SWT,” katanya.

Tambah Yusri, Rasulullah SAW menyuruh umatnya menguasai kemahiran memanah bukan untuk bersukan saja, tapi juga sebagai persediaan untuk masa depan.

Dalam peperangan pada zaman Rasulullah SAW, memanah adalah simbol yang menjadi kekuatan dan tunjang utama kepada tentera Islam.

Mengambil kisah daripada Perang Uhud, Yusri berkata Rasulullah SAW mengarahka­n briged memanah yang diketuai oleh Abdullah Jubair supaya terus bertahan di Bukit Uhud.

Namun, disebabkan mengingkar­i arahan Rasulullah SAW, tentera Islam mengalami kekalahan walaupun ketika itu sudah di ambang kemenangan.

“Apabila melihat ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak, tentera Islam turun daripada Bukit Uhud dan mengingkar­i arahan Rasulullah SAW. Tentera musuh yang diketuai oleh Khalid al-walid menyedari pertahanan tentera Islam sudah longgar dan menyerang kembali.

“Ia menyebabka­n tentera Islam mengalami kekalahan dan 70 pejuang Islam syahid,” katanya.

Sukan memanah ini boleh dikaitkan secara langsung dengan kekuatan hati, akal dan jasad. Seseorang yang memanah menggunaka­n mata hatinya menjadikan­nya lebih yakin dan tenang manakala akal yang fokus melahirkan pemikiran tajam. Malah dari segi jasad pula, sekiranya busur panah itu ditarik dengan kaedah yang betul, ia mampu memberi kelegaan kepada badan”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Yusri Musa
[FOTO HIASAN] Yusri Musa
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia