Berita Harian

Sarat mesej berat tetapi mudah difahami

-

Sebulan adalah masa yang singkat untuk membuat persediaan rapi bagi mementaska­n teater, namun bagi pengarah, U-wei Shaari ia bukan alasan untuk tidak menterjema­hkan karya pengarang dan mantan wartawan, Tan Sri Johan Jaaffar berjudul Pokok.

Apatah lagi ia adalah gabungan pertama buat dua individu hebat ini. Magis U-wei sebelum ini dapat dilihat ketika beliau mengarahka­n

Wangi Jadi Saksi (2008).

Di tangan U-wei, walaupun Pokok boleh dianggap sebagai karya berat kerana mengetenga­hkan isu berkaitan kuasa, rasuah dan politik, tetapi disampaika­n dengan cara yang lebih santai dan tidak keterlalua­n.

Ia menjadikan penonton mudah memahami isi dan kisah perjalanan naskhah ini.

Pokok asalnya disiarkan dalam Dewan Sastera pada September 2017 sebelum diangkat ke pentas teater.

Ia mengisahka­n kehidupan sepasang suami isteri, Darwis dan Mardiah, yang menetap di sebuah kediaman kecil di pinggir hutan.

Rumah mereka dipayungi sebatang pokok besar yang dikhua- tiri boleh mengancam keselamata­n. Mardiah juga berdepan konflik apabila pemilik rumah sewa mereka, Tuk Kaya menaruh perasaan terhadapny­a hingga membuatkan wanita itu tidak senang duduk.

Ternyata U-wei sememangny­a berjaya memilih pelakon yang berkaliber dan bertepatan dengan watak yang dimainkan.

Menampilka­n lakonan yang ditunjangi Haliza Misbun, Ebby Saiful, Rahim Jailani dan Buyung Zasdar, mereka berjaya membawa watak masing-masing dengan cemerlang.

Tentu sekali, penghargaa­n terbesar perlu diberikan Haliza yang membawa watak sebagai Mardiah, tampil dalam empat babak besar dalam teater ini ditambah lagi memerlukan­nya melontar dialog yang panjang.

Begitu juga dengan Ebby Saiful dan Rahim Jailani, walaupun sudah lama tidak beraksi di pentas teater, tetapi pengalaman luas dalam lakonan membantu mereka beraksi cemerlang dalam watak yang diamanahka­n.

Impak kehadiran Buyung juga tidak perlu dinafikan. Memegang watak sebagai Amud, beliau sememangny­a pelakon teater sejati apabila masih mampu menguasai lakonan dan pentas pada usia yang sudah lanjut.

Pokok yang dipentaska­n hampir dua minggu bermula 7 Disember berakhir Ahad lalu. Ia dibawakan oleh Balang Rimbun Sdn Bhd dan mendapat sokongan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Perodua dan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM).

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS /BH] ?? Sebahagian babak dalam teater Pokok yang dipersemba­hkan di Auditorium DBP, bari-baru ini.
[FOTO ASWADI ALIAS /BH] Sebahagian babak dalam teater Pokok yang dipersemba­hkan di Auditorium DBP, bari-baru ini.
 ??  ?? U-wei Shaari
U-wei Shaari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia