Berita Harian

42 cedera restoran meletup

Puluhan penduduk berpindah ke pusat perlindung­an akibat insiden di Sapporo

-

Pihak berkuasa Jepun melancarka­n siasatan bagi mengenal pasti punca letupan kuat yang memusnahka­n sebuah restoran, selain mengakibat­kan kerosakan teruk beberapa bangunan di sekitarnya.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.30 malam (waktu tempatan) di Sapporo itu, 42 mangsa dilaporkan cedera, antaranya cedera parah.

Menurut pihak berkuasa, insiden letupan mencetuska­n kebakaran dan menyebabka­n sebahagian bangunan berhampira­n restoran itu runtuh, hingga memaksa puluhan penduduk dipindahka­n ke pusat penempatan sementara.

“Punca letupan masih disiasat,” kata jurucakap polis, namun berdasarka­n beberapa laporan awal kebocoran gas mungkin menjadi faktor insiden itu berlaku.

Selain itu, terdapat laporan bahawa letupan berpunca daripada tin semburan yang bocor. Sebelum tin itu dilupuskan, ia dikumpul dan disimpan di sebuah syarikat harta tanah yang berada di dalam bangunan berkenaan.

Pada masa sama, siasatan turut dijalankan mengenai kewujudan sekurangku­rangnya sembilan tangki propana yang dipasang pada bangunan itu, untuk pelbagai kegunaan syarikat yang beroperasi di bangunan terbabit.

Hidu bau gas

Agensi berita Kyodo News yang memetik kenyataan beberapa pelanggan restoran yang terletak di tingkat satu itu, melaporkan mereka menghidu bau gas ketika letupan itu berlaku.

Menurut saksi, letupan itu me

Saksi

nyebabkan kebakaran besar serta asap tebal kelihatan di udara dan mereka menggambar­kan ia sebagai satu keadaan yang amat menakutkan.

“Bangunan kayu setinggi dua tingkat, yang turut menempatka­n sebuah klinik mengalami kerosakan teruk,” kata pegawai jabatan bomba Sapporo kepada AFP.

Katanya, letupan itu turut menyebabka­n bekalan 250 bangunan terputus bekalan elektrik, namun ia pulih tidak lama kemudian.

Sementara itu, polis berkata, selain 42 mangsa yang cedera, termasuk beberapa orang kanakkanak, tiada kematian dilaporkan.

Beliau berkata, antara mangsa yang cedera adalah seorang lelaki yang mengalami luka akibat kebakaran, selain seorang wanita yang patah kaki, selepas terjun dari bangunan itu, ketika menyelamat­kan diri.

Letupan itu menyebabka­n kebakaran besar serta asap tebal kelihatan di udara dan mereka menggambar­kan ia sebagai satu keadaan yang amat menakutkan”

 ?? [ FOTO EPA, AFP ] [ FOTO REUTERS ] ?? Anggota bomba sedang memeriksa restoran yang musnah dalam letupan gas. Pemandanga­n dari udara lokasi letupan di restoran di Sapporo, Hokkaido di utara Jepun.
[ FOTO EPA, AFP ] [ FOTO REUTERS ] Anggota bomba sedang memeriksa restoran yang musnah dalam letupan gas. Pemandanga­n dari udara lokasi letupan di restoran di Sapporo, Hokkaido di utara Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia