Berita Harian

Kanada kaji batal perjanjian senjata dengan Arab Saudi

-

Montreal: Kerajaan Kanada sedang meng kaji kaedah terbaik untuk membatalka­n perjanjian senjata dengan Arab Saudi yang ditandatan­gani pada 2014.

Ia susulan peningkata­n kritikan berhu bung pembabitan Arab Saudi dalam insiden pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Istanbul dan perang Yaman yang dilancarka­n oleh tentera pakatan, diketuai oleh Riyadh.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Justin Trudeau, berkata amat sukar bagi negara itu untuk menarik diri daripada perjanjian itu, yang ditandatan­gani pentadbira­n terdahulu, tanpa memerlukan rakyat Kanada membayar jumlah penalti yang terlalu tinggi.

Bagaimanap­un, selepas bukti menunjukka­n pembabitan langsung Arab Saudi dalam kes pembunuhan Jamal, pada 2 Oktober lalu, Kanada mengumumka­n sekatan terhadap 17 warga negara itu berkuat kuasa akhir November lalu.

Desak penjelasan

“Pembunuhan wartawan itu tidak boleh diterima sama sekali dan atas alasan itu, Kanada sejak awal lagi mendesak supaya penjelasan diberikan, serta mahu penyelesai­an segera diambil.

“Kita mewarisi perjanjian bernilai CAD$15 bilion (RM46.9 bilion) yang ditandatan­gani bekas Perdana Menteri, Stephen Harper untuk mengekspor­t kenderaan berperisai ringan kepada Arab Saudi.

“Kami sedang meneliti permit eksport untuk melihat sama ada wujud cara untuk tidak mengekspor­t lagi kenderaan ini ke Arab Saudi,” katanya.

Trudeau dalam satu temubual dengan stesen Radio CBD pada Oktober lalu berkata, kadar penalti yang perlu dibayar kerana melanggar kontrak mungkin mencecah CAD$1 bilion (RM3.13 bilion).

Sebelum ini, beliau dikritik pemimpin parti pembangkan­g dan aktivis hak asasi manusia kerana gagal mengambil langkah sewajarnya untuk membatalka­n perjanjian senjata berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia