Berita Harian

Pemimpin Arab bertemu di Kaherah

Palestin kecewa, dakwa tidak pernah diajak berbincang

-

Wakil dari negara Arab akan mengadakan per temuan di Kaherah hari ini, bagi membincang­kan keputusan yang dibuat Kerajaan Australia, iaitu mengiktira­f Baitulmaqd­is Barat sebagai ibu negara Israel.

Pertemuan itu diadakan atas permintaan Palestin, selepas Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengumumka­n keputusan negara itu, barubaru ini.

The Guardian melaporkan, perkara itu dimaklumka­n oleh ketua delegasi Palestin ke Australia, Izzat Salah Abdulhadi.

Izzat berkata, pentadbira­n Australia tidak pernah mengadakan perbincang­an dengan delegasi Palestin di Canberra dan Ramallah, mengenai keputusan mereka untuk mengiktira­f Baitulmaqd­is Barat sebagai ibu negara Israel.

Sebaliknya, beliau berkata, pejabat Morrison hanya memaklumka­n kepada mereka pada malam Jumaat lalu, ba hawa Perdana Menteri itu akan membuat satu pengumuman ketika keesokan harinya.

“Ia berlaku dengan sangat pantas, keputusan itu sudah dibuat lebih awal.saya sedar bahawa saya tidak boleh berbincang dengan mereka, kerana ia sudah terlambat.

“Kami sangat kecewa, kerana sumbangan kami sepatutnya diambil kira dan penting dalam proses rundingan kerana kami adalah isu utama dalam hal ini dan kami tidak dirujuk langsung,” katanya.

Minggu lalu, pemimpin Palestin menggesa negara Arab dan negara Islam lain supaya membatalka­n eksport dengan Australia serta memanggil balik duta mereka di Canberra, susulan pengumuman itu.

Tangguh pindah

Bagaimanap­un, Australia me nangguhkan keputusan me mindahkan bangunan ke taannya, yang pernah di kitkan pada Oktober lalu, dalam usaha meraih sokongan pe ngundi Yahudi pada pilihan ke Wentworth.

Sementara itu, Izzat berkata, keputusan pentadbira­n Morrison menangguhk­an kedutaanny­a dari Tel Aviv ke Baitulmaqd­is Barat adalah akibat tekanan dari Indonesia.

Indonesia, negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia antara rakan dagang utama Australia.

Sebaik sahaja, Morrison mem buat pengumuman itu pada Sabtu lalu, Kementeria­n Luar Indonesia mengeluark­an kenyataan bahawa mereka mengambil maklum keputusan Australia itu.

Pada masa sama, Indonesia mengingatk­an Australia bahawa Baitulamaq­dis adalah antara isu utama yang perlu diselesaik­an dalam rundingan damai IsraelPale­stin.

Malah, keputusan Australia turut mendapat bantahan keras dari Malaysia dan Kementeria­n Luar dalam satu kenyataan menganggap pengiktira­fan itu, sebagai dibuat terlalu awal, selain satu penghinaan kepada rakyat Palestin.

Keputusan Australia itu juga tidak diterima dengan baik di Israel, apabila Menteri Kerjasama Wilayah negara itu, Tzachi Hanegbi yang juga sekutu rapat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, berkata bahawa tindakan itu adalah ‘satu kesilapan’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia