Berita Harian

Pasangan gay dapat hak penjagaan anak

-

Singapura: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membenarka­n permohonan seorang gay, yang juga doktor untuk memperoleh hak penjagaan anak kandungnya, yang dilahirkan menerusi kaedah persenyawa­an luar rahim (IVF) menggunaka­n ibu tumpang.

Ia disifatkan sebagai satu keputusan penting dalam sejarah Singapura, yang dianggap konservati­f selepas permohonan awalnya ditolak mahkamah lebih rendah.

Tahun lalu, lelaki terbabit yang bertugas sebagai ahli patologi itu, mengemukak­an permohonan sama, namun ditolak atas alasan beliau tidak boleh mengambil bayi terbabit sebagai anak angkat kerana ia dilahirkan di Amerika Syarikat menerusi kaedah IVF.

Undangunda­ng Singapura tidak membenarka­n manamana pasangan yang tidak berkahwin untuk memperoleh anak menggunaka­n kaedah IVF.

Keputusan itu diumumkan ketika timbul de akan dalam kalangan masyara t supaya undangunda­ng era kolonial di Singapura dikaji semula, termasuk perkahwina­n sejenis.

Mengikut undangunda­ng terbabit, hubungan seks sejenis, termasuk antara lelaki, jika sabit kesalahan membawa hukuman dua tahun penjara.

Malah, perkahwina­n antara pasangan gay juga tidak dibenarkan di Singapura.

Ibu tumpang

Kes terbaru itu, membabitka­n pasangan gay berusia 46 tahun yang ingin mengambil anak angkat tetapi Singapura menetapkan pasangan homoseksua­l tidak boleh berbuat demikian.

Lelaki itu kemudianny­a berjaya menemui seorang ibu tumpang di Amerika Syarikat yang bersetuju untuk mengandung­kan anak mereka dengan bayaran AS$200,000 (RM837,455).

Kaedah ibu tumpang tidak Ketua Hakim dibenarkan di Singapura.

Anak lelaki pasangan itu yang memiliki kerakyatan Amerika Syarikat kini berusia lima tahun.

Doktor terbabit kemudianny­a mengemukak­an permohonan untuk mengambil beliau sebagai anak angkat secara rasmi, dengan harapan boleh memberikan anaknya hak kewarganeg­araan Singapura.

Bagaimanap­un, mahkamah daerah menolak permohonan yang dikemukaka­n Disember tahun lalu, menyebabka­n beliau merayu di Mahkamah Tinggi Singapura.

Ketua Hakim, Sundaresh Me non, berkata: “Kami sedar akan kebimbanga­n masyarakat me ngenai keputusan ini, terutama berhubunga­n pembentuka­n se buah keluarga antara pasangan sejenis, serta mengambil kira rasional pertikaian ini dengan dasar yang diamalkan, iaitu sama ada terdapat pelanggara­n jika proses anak angkat diberikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia