Berita Harian

Barca pesta gol di Valencia

Hatrik Messi bantu skuad Catalan dahului liga tiga mata

-

Lionel Messi meneruskan kecemerlan­gan dengan menjaringk­an hatrik pertamanya musim ini sekali gus yang ke-31 di La Liga bagi membantu Barcelona membenam Levante 5-0 bagi mendahului liga dengan perbezaan tiga mata, kelmarin.

Pemain berusia 31 tahun dari Argentina itu tiba di Valencia dengan menjaringk­an dua sepakan percuma menarik pada pertemuan menentang Espanyol hujung minggu lalu.

Dia menjaringk­an 20 gol setakat ini merusi persembaha­n hebatnya dan berganding­an dengan Luis Suarez untuk gol pembukaan pada minit ke-35 dan juga gol kelima oleh Gerard Pique.

Barca kelihatan tertekan selepas Atletico Madrid dan juga pasukan tempat kedua, Sevilla masing-masing menyamai jumlah mata bersama gergasi itu.

Sevilla tangga kedua

Tetapi selepas merehatkan bintang utama bagi perlawanan kumpulan Liga Juara-juara menentang Tottenham pertengaha­n minggu lalu, jurulatih Ernesto Valverde menyaksika­n skuadnya lebih segar meraih kemenangan ketiga liga berturut-turut tanpa gawang mereka dibolosi lawan.

“Pada awalnya ia adalah sukar, mereka menekan kami dan mempunyai peluang yang terkena tiang gol, “kata Valverde.

Levante memulakan perlawanan dengan garang dan penjaga gol pelawat, Marc-andre ter Stegen dipaksa untuk menyelamat­kan percubaan awal pemain Ghana, Emmanuel Boateng.

“Saya gembira kami menang di sini, kerana tahun lalu mereka mengatasi kami dengan lima jaringan, jadi kami tahu ancaman Levante,” kata Valverde.

Sementara itu Sevilla kembali merampas tangga kedua selepas jaringan Ever Banega dan Pablo Sarabia pada separuh masa kedua membolehka­n mereka menang 2-0 ke atas Girona.

Skuad Pablo Machin tidak tewas dalam tujuh aksi liga sejak kecundang 4-2 di Barcain pada Oktober lalu. AFP

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Messi menjaringk­an gol kedua Barcelona dengan membenam Levante 5-0 bagi mendahului liga dengan perbezaan tiga mata, kelmari.
[ FOTO REUTERS ] Messi menjaringk­an gol kedua Barcelona dengan membenam Levante 5-0 bagi mendahului liga dengan perbezaan tiga mata, kelmari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia