Berita Harian

‘Aksi sempurna Liverpool’

Skuad Klopp tewaskan United 3-1 untuk panjat takhta liga

-

Jurgen Klopp berkata, prestasi Liverpool ketika menewaskan musuh tradisi Manchester United 31 kelmarin antara persembaha­n terbaik sejak dia bertugas di Anfield.

Liverpool kembali ke kedudukan teratas Liga Perdana selepas pemain gantian pada babak kedua, Xherdan Shaqiri menjaringk­an dua gol dalam masa tujuh minit.

Liverpool mendahului pada minit ke-25 menerusi Sadio Mane tetapi dihukum akibat kesilapan Alisson yang membolehka­n Jesse Lingard menyamakan kedudukan.

“Ia permulaan mengagumka­n, antara persembaha­n terbaik kami sejak saya berada di Liverpool.

Aksi tahap tinggi

“Pada setengah jam pertama kami menyerlah, menjaringk­an satu gol tetapi saya tidak rasa sesiapa pun menjangkak­an empat atau lima gol ketika menentang United.

“Kami bermain dengan sempurna. Kami membuat hantaran ke tempat yang betul dan bertahan dengan baik,” kata Klopp yang mengambil alih kelab pada Oktober 2015.

Sementara itu, Shaqiri membuktika­n kemampuann­ya bagi membantu kemenangan, Fabinho juga dilihat memberi impak yang besar buat pasukan dalam perlawanan bertemu pasukan Jose Mourinho.

“Dia sangat menyerlah. Sungguh menyerlah.

“Selasa lalu kami bermain menentang Napoli, antara permainan terbaik kami musim ini, bertemu lawan yang sangat kuat, kami bermain dengan Milner, Henderson dan Wijnaldum di barisan tengah.

“Fabinho pula bermain pada tahap tertinggi,” kata Klopp.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia