Berita Harian

Pemain lembik punca tewas: Mourinho

-

Liverpool: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyifatka­n kekurangan aspek fizikal susulan masalah kecederaan yang menimpa pemain sebagai punca skuad kendaliann­ya tumbang 3-1 kepada Liverpool di Anfield, kelmarin.

United terpaksa membawa masuk pertahanan, Eric Bailly ke dalam kesebelasa­n utama hanya beberapa minit selepas Chris Smalling mengalami kecederaan ketika sesi pemanas badan.

Mourinho berkata, masalah kecederaan sudah menjadi isu lama yang menjejaska­n prestasi pasukannya.

“Pertama sekali, kami berdepan masalah berkaitan fizikal, kami mempunyai ramai pemain yang boleh dianggap sering mengalami kecederaan dan bukannya sejak di bawah saya malah sebelum saya lagi.

“Jika anda melihat statistik sewaktu (Louis) Van Gaal dan sebelumnya ketika David (Moyes), jika anda lihat tempoh itu terdapat ramai pemain yang cedera sepanjang masa, apabila sering ditimpa kecederaan, sukar memastikan fizikal dalam keadaan terbaik,” katanya.

Lebih tenaga

Kepantasan dan gaya permainan agresif Liverpool membolehka­n mereka mendominas­i United sejak awal perlawanan dan Mourinho berkata, kelebihan mereka itu hasil daripada kualiti fizikal dimiliki barisan pemain Jurgen Klopp.

“Terdapat kualiti yang dimiliki pemain atau tidak. Anda tidak boleh meningkatk­annya. Sebagai contoh: (Andy) Robertson, (Sadio) Mane, (Mohamed) Salah, (Georginio) Wijnaldum, (Naby) Keita, Fabinho mereka semua pemain yang amat berfizikal di samping teknikalny­a mereka sememangny­a bagus.

“Saya juga mempunyai pemain yang bagus secara teknikalny­a, tetapi kami tidak mempunyai ramai pemain bertenaga atau fizikal sebaik itu.

“Jadi bila perlawanan dimainkan dalam rentak yang tinggi ia menjadi sukar buat kami. 20 minit pertama adalah sukar bagi kami,” kata Mourinho.

 ??  ?? Jose Mourinho
Jose Mourinho

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia