Berita Harian

Rancang bawa keluarga tunai umrah: Bapa

-

Ipoh: “Dia simpan semua duit kemenangan dan berhajat nak membawa saya, mak dan kakaknya menunaikan umrah, saya cakap kat dia biarlah dia pergi dulu, ada rezeki saya pergi kemudian, tetapi dia tetap nak bawa saya dan maknya juga. Itu yang saya terkilan sangat,” kata Nor Azman Mad Darus, 54, semalam.

Nor Azman berkata, arwah anaknya Mohd Hafiz, 22, adalah seorang yang sangat baik terhadap kedua-dua ibu bapa dan sudah mula menyertai perlumbaan Cub Prix sejak 2010 serta merancang membawa keluarga menunaikan umrah pada Januari depan.

Katanya, sejak berlumba hingga kepada insiden yang berlaku semalam, dia dan isterinya, Rohana Hamzah, 52, sentiasa menemani dan memberikan sokongan kepadanya.

Tidur bersama mak

“Hafiz sangat rapat dengan maknya, bahkan pada malam sebelum perlumbaan dia tidur bersama maknya.

“Sehingga hari ini maknya masih lagi bersedih dengan insiden yang menimpa Hafiz,” katanya yang ditemui di kediamanny­a di Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai di sini, semalam.

Nor Azman berkata, pihaknya menyerahka­n segala siasatan berhubung insiden itu kepada pihak penganjur untuk melihat bagaimana perkembang­annya.

“Adakah litar itu selamat atau tidak? Harap pihak lain turut lihat perkara sama takut benda (insiden) ini berulang lagi,” katanya.

Jenazah Hafiz dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serdang Permai selepas disembahya­ngkan di Masjid Saidina Umar Al Khattab, kampung berkenaan sebelum solat Zuhur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia