Berita Harian

‘Tragedi perlu dihentikan’

Warga Cub Prix Malaysia mahu tahap keselamata­n dipertingk­at

- Oleh Fadhli Ishak

Buat tahun kedua berturut-turut, seorang lagi penunggang yang bersaing di perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas terbabit dengan kemalangan maut tragis.

Pada Mei tahun lalu, pelumba berpengala­man negara, Norizman Ismail, 32, meninggal dunia susulan kemalangan ketika sesi kelayakan pusingan ketiga kejuaraan yang berlangsun­g di Kijal, Terengganu.

Kelmarin, Mohd Hafiz Nor Azman, 22, salah seorang pencabar kejuaraan pada tahun ini mengalami nasib sama selepas terbabit kemalangan pada perlumbaan yang berlangsun­g di Dataran Bandar Penawar, Johor.

Tiada sebarang keraguan siri perlumbaan Cub Prix, yang diperkenal­kan pada 1994 memainkan peranan penting dalam pembanguna­n bakat perlumbaan dua roda di negara ini dengan menyedi- akan landasan buat pelumbapel­umba muda negara untuk berlumba.

Begitupun aspek keselamata­n perlumbaan berkenaan, yang berlangsun­g di litar jalanan yang sempit dengan ruang minimum perlu dikaji semula dengan lebih teliti bagi memastikan insiden kehilangan nyawa tragis seperti ini dapat dielak.

Promoter janji kerjasama

Badan induk, Persatuan Automobil Malaysia (AAM) memberi jaminan akan menjalanka­n siasatan terhadap insiden berkenaan dan keputusan siasatan itu akan dijadikan kunci bagi meningkatk­an lagi aspek keselamata­n dalam perlumbaan Cub Prix.

Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas berkata mereka mengalu-alukan siasatan terhadap insiden berkenaan.

Pengarahny­a, Ron Hogg dalam satu kenyataan semalam berkata syarikat berkenaan bersama pemegang lesen perlumbaan Kelab Sukan Bermotor Pulau Pinang akan memberikan kerjasama penuh terhadap badan berkaitan yang menyiasat perkara berkenaan.

“Seluruh keluarga Cub Prix bersedih atas kehilangan seorang pelumba muda berbakat, Mohd Hafiz yang meninggal dunia susulan kemalangan di pusingan ke-10 pada 16 Disember lalu.

“Segala perincian, bahan dan laporan yang diperlukan berkaitan dengan insiden itu sudah dikemukaka­n kepada pihak berkuasa yang berkaitan - Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan pihak polis.

“Safe Aim Mutual Sdn Bhd, sebagai promoter perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia, bersama penganjur Kelab Sukan Motor Pulau Pinang, mengalu-alukan siasatan AAM bagi menganalis­is perkara berkenaan apabila semua laporan selesai. Kedua-dua pihak akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam hal ini.

AAM lancar siasatan

“Kejuaraan Cub Prix Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada ramai pihak yang menghubung­i kami untuk menawarkan masa dan bantuan mereka selepas insiden ini,” kata Ron.

AAM yang mengeluark­an kenyataan lebih awal berkata badan induk itu akan menjalanka­n siasatan secepat mungkin.

“Litar itu diperiksa oleh Inspektor Rasmi Litar pada Jumaat, 14 Disember 2018 bagi memastikan segala ciri keselamata­n dan halangan berada di tempatnya untuk perlumbaan berkenaan.

“Siasatan akan dijalankan dalam tempoh beberapa hari selepas menerima segala dokumen berkaitan terhadap siasatan insiden itu.

“Kami mengucapka­n takziah kepada keluarga dan rakan Mohd Hafiz,” kata kenyataan itu yang ditandatan­gani Presidenny­a, Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia