Berita Harian

BAM teliti calon pengganti

Semua pemain perlu bersaing untuk buru slot Olimpik Tokyo

- Oleh Helmi Talkah

Keputusan Chan Peng SoonGoh Liu Ying meninggalk­an Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjadikan persaingan lebih menarik membabitka­n pemain beregu campuran negara bagi memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ketua jurulatih beregu cam- puran negara, Pang Cheh Chang berkata, situasi itu akan mewujudkan persaingan sihat buat anak didiknya sekali gus meningkatk­an motivasi mereka untuk bersaing dengan Peng Soon-liu Ying yang lebih berpengala­man dan dilihat berpeluang cerah untuk ke Tokyo biarpun bergerak secara profesiona­l.

“Sudah pasti ia akan menjadi persaingan yang sihat. Sukan adalah mengenai cabaran, biarpun kita menentang sesama sendiri tapi akhirnya yang terbaik akan layak.

“Kalau tak bersaing, macam mana pemain mahu meningkatk­an prestasi mereka. Seperti contoh ketika Koo Kien Keat-tan Boon Heong (bekas beregu lelaki kebangsaan) yang keluar BAM dulu, mereka bersaing dengan Goh V Shem-tan Wee Kiong yang masih kekal dalam BAM untuk ke Olimpik (Rio 2016).

“Namun, akhirnya V ShemWee Kiong yang layak. Jadi, situasinya sama sekarang, saya percaya semua pemain akan memberikan yang terbaik untuk layak ke Olimpik,” kata Cheh Chang ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, semalam.

Bergerak secara profesiona­l

Semalam, BAM mengesahka­n badan induk itu menerima permintaan Peng Soon-liu Ying, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016, keluar daripada badan induk itu berkuat kuasa sertamerta dengan mereka difahamkan mahu bergerak secara profesiona­l.

Dengan ketiadaan pasangan nombor enam dunia itu, BAM kini hanya memiliki empat pasangan beregu campuran iaitu Goh Soon Huat-shevon Lai Jemie (11), Tan Kian Meng-lai Pei Jing (24), Chen Tang Jie-peck Yen Wei (34) dan Hoo Pang Ron-cheah Yee See (61).

Cheh Chang menganggap empat pasangan yang tinggal itu masing-masing berpeluang untuk layak ke Olimpik dengan syarat mereka menunjukka­n komitmen dan semangat juang tinggi.

“Dalam hal ini, saya tidak fikir hanya Soon Huat-shevon dan Kian Meng-pei Jing saja berpeluang tapi dua lagi pasangan muda negara Tang Jie-yen Wei dan Pang Ron-yee See juga ada peluang.

“Mereka masih muda dan seharusnya menunjukka­n semangat juang tinggi untuk bersaing,” katanya.

BAM sebelum ini meletakkan sasaran untuk dua beregu campuran negara layak ke Tokyo dengan mereka sekurang-kurangnya perlu berada dalam kelompok 16 terbaik dunia sebaik tamat kempen kelayakan pada April 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia