Berita Harian

Syarul ‘pecah tabung’ demi negara

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Sepang: susah!”

Itu antara rintihan jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah ketika mengimbas kembali persiapann­ya menghadapi Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia 2019 di Chiang Mai, Thailand yang berakhir kelmarin.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur berkenaan melakar sejarah tersendiri dengan kemenangan hatrik dalam kategori fizik 167cm.

“Kejayaan ini amat bermakna kerana saya mengalami banyak masalah kewangan kerana membuat persediaan sejak Jun lalu untuk menghadapi kejohanan Asia dan dunia.

“Sukar untuk mendapatka­n penajaan sehingga saya hampir ‘terduduk’ pada saat akhir. Saya menghabisk­an kira-kira RM40,000 duit sendiri,” jelasnya yang turut meraih gelaran Mr Asia buat kali keempat tahun ini.

Dia mengesahka­n gelaran Mr Universe buat kali ketiga berturut-turut selepas menang pada malam Sabtu lalu dan muncul atlet lelaki pertama dunia dalam kategori fizik melakukann­ya.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak yang membantu saya dari segi kewangan. Malah, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman membantu saya mendapatka­n RM20,000 insentif kemenangan SHAKAM ketika menang Mr Universe “Nak beli ikan pun 2017.

Guna duit SHAKAM

“Ia dibayar bulan lalu sekali gus membantu saya untuk meneruskan misi hatrik Mr Universe,” katanya sejurus tiba di KLIA2 semalam.

Menurut Syarul Azman, saingan sangat sengit untuk edisi 2018 sehingga dia terpaksa berwaspada dalam setiap perkara termasuk tidak minum air selama 15 jam bagi mengelakka­n situasi tidak diingini berlaku terhadap badannya.

Kesempitan hal kewangan turut dikongsi Lilian Tan yang meraih dua emas di Chiang Mai selepas menang kategori 55kg ke atas dan masters 30 tahun ke atas.

“Memang sukar kerana tiada bantuan untuk melakukan persediaan selain peruntukan Majlis Sukan Negara (MSN) turut berkuranga­n.

“Sehinggala­h ada rakan yang mencadangk­an untuk mewujudkan akaun ‘public fund’ yang membolehka­n orang awam memberikan sumbangan. Saya tidak pasti jumlah terkumpul namun ia membantu dan menampung kira-kira 50 peratus perbelanja­an. Kejayaan ini sangat istimewa selepas saya berusaha keras dan mengimpika­nnya,” katanya.

Kejayaan di Chiang Mai dalam kategori 55kg ke atas turut menjadikan­nya atlet wanita pertama dunia menang sebanyak empat kali.

 ?? [ FOTO AZHAR RAMLI / BH ] ?? Mohd Syahrul, (kiri), Lilian dan Buda Anchah tiba di KLIA2 selepas memenangi emas dalam Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia di Chiang Mai, Thailand, baru-baru ini.
[ FOTO AZHAR RAMLI / BH ] Mohd Syahrul, (kiri), Lilian dan Buda Anchah tiba di KLIA2 selepas memenangi emas dalam Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia di Chiang Mai, Thailand, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia