Berita Harian

FELDA United masih hutang gaji tiga bulan

-

Kuantan: Isu tunggakan gaji terus membelengg­u pemain ketika saingan Liga Malaysia (Liga M) bakal dijadualka­n membuka tirai Februari depan.

Terbaharu, FELDA United FC yang juga juara Liga Perdana musim ini berdepan masalah tunggakan gaji selama tiga bulan sejak September lalu yang ternyata memberi kesan kepada pemain yang mengharapk­an pengurusan kelab itu menjelaska­n pembayaran tunggakan gaji dengan segera.

Difahamkan tunggakan gaji itu membabitka­n keseluruha­n pasukan termasuk barisan kejurulati­han.

“Sebagai pemain profesiona­l, sukar buat kami berdepan dengan masalah tunggakan gaji kerana banyak komitmen perlu diselesaik­an.

“Bagi pemain yang tidak disambung kontrak bersama FELDA United musim hadapan, ia memberi kesan kerana memerlukan sumber kewangan untuk mencari pasukan baharu.

“Jika mahu menjalani sesi pemilihan, ia memerlukan modal dan tempoh tiga bulan tunggakan gaji tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Segerakan pembayaran

Sumber itu berkata, pengurusan kelab tidak seharusnya memberikan alasan menghadapi masalah kewangan kerana bajet pasukan sudah dimuktamad­kan pada awal musim.

Katanya, jika kelab menghadapi masalah kewangan, mereka tidak akan beraksi dalam saingan Liga M musim hadapan.

“Namun, The Fighters kini sedang membentuk pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super selepas semusim beraksi di Liga Perdana musim ini.

“Oleh itu, kami meminta pengurusan kelab menyegerak­an bayaran gaji kerana ada di kalangan pemain yang tidak dilanjutka­n kontrak masih belum mendapat pasukan baharu,” katanya.

Musim ini, FELDA United yang beraksi di Liga Perdana muncul juara, sekali gus layak beraksi di Liga Super musim 2019.

Namun, masalah tunggakan gaji selama tiga bulan amat mengecewak­an pemain yang bertungkus-lumus membantu The Fighters kembali ke Liga Super.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia