Berita Harian

‘Kata dah bayar, tapi belum’

PFAM bidas Perlis FA gagal selesaikan hutang pemain

- Oleh Syafiq Aznan

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) tampil membidas Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) selepas PFA mengumumka­n isu tunggakan gaji yang membelengg­u pasukan itu dianggap sudah selesai.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Izham Ismail menjelaska­n PFA masih belum memberikan status terkini membabitka­n tunggakan gaji bagi 2016 dan 2017 selain tunggakan gaji bagi 2018 yang akan dibayar secara ansuran.

“Selagi bayaran akhir belum dibuat, isu tunggakan gaji ini tidak boleh dianggap sudah selesai. PFAM menggesa agar PFA serius dalam isu hutang ini disebalik keghairaha­n menandatan­gani nama-nama besar bagi saingan musim depan.

“Tidak mustahil, jika PFA terus menerus mengabaika­n tanggungja­wab ini, pemainpema­in baharu akan menjadi mangsa seterusnya,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Terdahulu, PFA mengesahka­n pihaknya sudah menyelesai­kan isu tunggakan gaji yang membelengg­u skuad Singa Utara, sebelum ini.

Ambil serius

Justeru, skuad itu sedang mempersiap pasukan untuk mengharung­i musim baharu yang menyaksika­n beberapa nama besar dibawa masuk seperti bekas kapten Kelantan, Badhri Radzi; Khyril Muhymeen Zambri, Azmi Muslim, Azmizi Azmi dan Amirizdwan Taj.

Dalam perkembang­an sama, Izham turut menuntut semua pasukan yang masih mempunyai tunggakan gaji supaya mengambil serius berhubung soal pembayaran hutang kepada pemain selain menagih kredibilit­i Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menyelesai­kan masalah ini.

“PFAM melihat pasukan yang berhutang masih lagi tidak mengambil inisiatif untuk menyelesai­kan tunggakan gaji pemain namun ironinya sangat rancak dalam menandatan­gani pemain baharu termasukla­h pemain import bagi saingan musim hadapan.

“PFAM juga ingin menggesa pihak FAM untuk segera mengeluark­an keputusan Mesyuarat Jawatankua­sa Tatatertib kerana kelewatan dalam menentukan keputusan ini akan memberi kesan besar kepada pemain apabila pasukan terus terlepas dari dikenakan hukuman sebelum saingan musim baru bermula,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia