Berita Harian

KAFA tak cukup dana RM3 juta

-

Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) memerlukan RM3 juta lagi untuk menguruska­n pasukan bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia musim depan.

Presidenny­a, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, mereka kini berusaha keras mencari dana walaupun sudah memiliki hampir RM1 juta dalam bentuk wang tunai manakala RM1 juta lagi berupa barangan dan pengangkut­an membabitka­n pengurusan pasukan Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia.

“Setakat ini kami masih berbincang dengan dua syarikat yang berminat menaja pasukan negeri musim depan.

“Jumlah bajet yang diperlukan keseluruha­nnya RM5 juta untuk membiayai kos pengurusan dalam saingan Liga Perdana.

Kekal pemain lama

“Saya juga bangga dengan kemampuan syarikat milik bumiputera seperti PUC Sports yang bersetuju menaja jersi rasmi pasukan dan mengalu-alukan syarikat yang berminat membantu KAFA untuk mengurangk­an beban kewangan yang dihadapi ketika ini,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatan­gani kontrak penajaan, di sini semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung KAFA, Farah Anida Mansor.

Majlis menandatan­gani penajaan itu membabitka­n lima penaja musim 2019 iaitu Rohm Wako Elektronik, Konsortium E-mutiara, Exa Supply, PUC Sports dan Excel Printing.

Bibi berkata, Kelantan yang mengekalka­n hampir 80 peratus pemain tempatan menyasarka­n untuk menghuni tiga tangga teratas Liga Perdana musim depan.

 ??  ?? Bibi bersama sebahagian penaja The Red Warriors pada majlis menandatan­gani kontrak penajaan semalam.
Bibi bersama sebahagian penaja The Red Warriors pada majlis menandatan­gani kontrak penajaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia