Berita Harian

Isteri minta kerajaan bantu selamat suami

Nadin Junianti buntu hingga sekarang tiada berita

-

Heri Ardiansyah, 19, dan Hariadin, 45, dilaporkan hilang daripada bot mereka ketika menangkap ikan di perairan berkenaan pada 6 Disember lalu.

Nadin berkata, dia kini buntu kerana sehingga kini tidak menerima sebarang khabar daripada suaminya sekali gus berharap agar kerajaan dapat membawa mereka pulang.

Katanya, selain hilang sumber pendapatan, tiga anaknya masingmasi­ng berusia satu hingga tujuh tahun kerap bertanya mengenai kehilangan bapa mereka.

“Kami cuma tahu Hariadin (rakan Jari) diculik selepas Hariadin hubungi isterinya. Sehingga sekarang, kami tiada dengar khabar berita daripada Jari.

“Hanya doa yang kami mampu panjatkan agar suami saya balik dalam keadaan selamat. Anak-anak pun setiap hari bertanya di mana bapa mereka.

“Wang belanja sudah habis, cuma harap bantuan jiran dan dua anak saya bakal bersekolah tahun depan. Mahu kerja, tapi anak saya masih kecil,” katanya ditemui di penempatan setinggan berhampira­n Simsim, di sini.

Rumah bakal diroboh

Nadin berkata, lebih memilukan apabila mereka juga bakal kehilangan rumah kerana tindakan merobohkan rumah setinggan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kami sudah diberi notis untuk merobohkan rumah sejak Oktober lalu. Mungkin bila-bila masa saja rumah akan dirobohkan kerana kami tinggal di kawasan setinggan.

“Jika ia berlaku, mungkin masa- Isteri mangsa culik lah kami jadi lebih besar. Dalam keadaan kami sekarang, mahu sewa rumah pun tidak mampu,” katanya.

Dalam kejadian terbaru itu, tiga nelayan terbabit dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka ditemui kosong sebelum polis mengesahka­n mereka diculik selepas seorang isteri mangsa menerima panggilan mendakwa mangsa dibawa ke sebuah tempat tidak diketahui di Filipina.

Sebelum penemuan bot nelayan terbabit, pada 5 Disember lalu, empat lelaki bersenjata api dilaporkan menyerang sebuah bot tunda yang membawa 12 kru terdiri daripada dua warga Malaysia dan 11 kru warga Indonesia di perairan yang sama.

Seorang tekong Didy Saviady, 40, cedera pada paha akibat terkena tembakan yang dilepaskan kumpulan terbabit, manakala semua kru selamat.

 ?? [ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM / BH ?? Nadin Junianti, melihat gambar suaminya bersama tiga anak dan ibu mentuanya, Zuana Laudiato, ketika ditemui di rumah mereka di penempatan setinggan berhampira­n Sim-sim, di Sandakan.
[ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM / BH Nadin Junianti, melihat gambar suaminya bersama tiga anak dan ibu mentuanya, Zuana Laudiato, ketika ditemui di rumah mereka di penempatan setinggan berhampira­n Sim-sim, di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia