Berita Harian

Indonesia rekod jumlah nelayan, rancang hantar pulang

-

Sandakan: Kerajaan Indonesia berhasrat membawa pulang rakyat negara itu yang bekerja sebagai nelayan di Sabah jika keadaan perairan timur negeri ini terus terdedah kepada ancaman penculikan dan tiada jaminan keselamata­n diberikan ke atas warganya.

Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Krishna Djelani, berkata nelayan warga negara itu terus menjadi mangsa penculikan dengan 15 kes membabitka­n 36 mangsa sejak 2003, termasuk kes baharu membabitka­n dua nelayannya yang diculik di perairan Pegasus Reef, Kinabatang­an, pada 5 Disember lalu.

Katanya, pihak konsulat kini dalam rangka untuk berjumpa dengan warga Indonesia yang bekerja sebagai nelayan di negeri ini, khususnya di kawasan pantai timur untuk menawarkan kepada mereka yang mahu pulang.

Ketika ini, katanya, dianggarka­n ada kira-kira 1,700 warga Indonesia yang bekerja sebagai nelayan di negeri ini.

“Ada antara mereka yang sudah bersetuju untuk dihantar pulang dan kami dalam usaha berjumpa dengan nelayan memaklumka­n kepada mereka jika mahu pulang untuk menghubung­i konsulat.

Kerjasama majikan

“Kami dalam usaha untuk merekod jumlah sebenar nelayan warga Indonesia yang ada di sini dan jika sudah ramai yang sukarela untuk pulang, kami akan segera hantar,”katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Krishna berkata, kerajaan Indonesia juga mahu agar majikan nelayan warganya supaya bekerjasam­a menyediaka­n bantuan dan membiayai kehidupan harian keluarga mangsa culik warga negara itu.

Katanya, konsulat sudah berjumpa dengan beberapa majikan nelayan terbabit dan mereka secara lisan bersetuju untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa.

“Kami juga memberi peringatan kepada nelayan warga negara kami agar berhati-hati apabila turun ke laut kerana potensi mereka diculik masih ada khususnya di perairan timur negeri ini, biarpun kerajaan Malaysia sudah berusaha meningkatk­an aspek keselamata­n,” katanya.

Ditanya mengenai perkembang­an kes culik terbaharu yang membabitka­n dua nelayan warga Indonesia di sini, Krishna berkata, keluarga mangsa sudah dihubungi oleh mangsa yang memberitah­u mereka kini berada di selatan Filipina.

Sementara itu, Konsul Republik Indonesia di Tawau, Jati Ismoyo, berkata mereka juga mahu pemilik kapal nelayan yang menggaji nelayan warga Indonesia terus bekerjasam­a dengan pasukan keselamata­n.

Beliau berkata, pemilik perlu memastikan kapal dilengkapi dengan peralatan komunikasi bagi memudahkan mereka berhubung dengan pasukan keselamata­n jika berlaku kejadian tidak diingini, termasuk penculikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia