Berita Harian

Ahli PKR Sarawak perlu kembali bersatu

Langkah penting jika mahu menang PRN-12

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak perlu kembali bersatu jika berhasrat menawan negeri ini pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Baru Bian, berkata setiap ahli parti perlu menetapkan fokus dan melupakan persaingan pada pemilihan parti baru-baru ini.

Justeru, katanya, ahli parti perlu berusaha dan bekerja sebagai satu pasukan serta memfokus strategi untuk mengatasi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Hanya dengan kerjasama dalam satu pasukan akan memberi peluang cerah kepada kita untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Tak sabar bekerjasam­a

Baru yang juga Menteri Kerja Raya berkata, selepas disahkan sebagai Pengerusi MPN Sarawak untuk penggal 2018 hingga 2021 itu, beliau tidak sabar untuk bekerjasam­a dengan Ketua Cabang di negeri ini yang baharu atau dipilih semula.

Sehubungan itu, katanya, beliau dan semua barisan pimpinan negeri perlu terus berusaha mengukuhka­n kedudukan parti itu di Sarawak dan yakin ia dicapai jika semua pihak boleh bekerjasam­a mencapai matlamat itu.

“Matlamat kita menjadikan Sarawak lebih baik dan Malaysia yang lebih kukuh menerusi kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Baru yang dipilih semula untuk menerajui PKR Sarawak turut menyatakan penghargaa­n kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi kepercayaa­n kepadanya.

“Terima kasih dan penghargaa­n juga saya rakamkan kepada semua Ketua Cabang (PKR) Sarawak kerana memberi sokongan dan kepercayaa­n kepada saya untuk mengetuai PKR Sarawak sepenggal lagi.

“Kesetiaan mereka selama bertahun-tahun lalu dan perjuangan kita bersama untuk semua rakyat Sarawak adalah bukti komitmen mereka untuk keadilan tanah air ini,” katanya.

Pelantikan Baru untuk mengekalka­n jawatan yang disandangn­ya sejak 2009 itu diumumkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Sabtu lalu, sekali gus menepis spekulasi, beliau akan digantikan dengan pemimpin lain.

Hanya dengan kerjasama dalam satu pasukan akan memberi peluang cerah kepada kita untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang” Baru Bian, Pengerusi MPN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia