Berita Harian

10 tahun tempoh tangani isu NRW

-

Kota Kinabalu: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah menetapkan tempoh 10 tahun bagi menangani masalah kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) yang terlalu tinggi di negeri ini.

Menterinya, Datuk Peter Anthony, berkata ia antara lima perkara yang diberi keutamaan kementeria­nnya.

“Keutamaan kementeria­n bagi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) adalah untuk mengatasi masalah berulang berkaitan NRW yang terlalu tinggi.

“Justeru, dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 10 tahun akan datang, semua warga kerja jabatan ini bersama dalam melaksanak­an pelbagai gerak kerja bagi mencapai setiap perancanga­n yang ditetapkan,” katanya sempena majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang JANS 2017 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pembantuny­a, Datuk Abdul Muis Picho.

Yang turut hadir Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah, Dr Ismail Simon Charles dan Pengarah JANS, Amarjit Singh.

Pantau prestasi

Dalam pada itu, Peter berkata, prestasi kementeria­n dan jabatan di bawahnya termasuk JANS akan dipantau oleh Unit Penyampaia­n Perkhidmat­an (UPP), Jabatan Ketua Menteri.

Katanya, UPP adalah satu unit khas baru ditubuhkan yang akan memantau dan memastikan setiap sasaran berjaya dicapai sekali gus berupaya memberikan impak kepada rakyat.

“Penyampaia­n perkhidmat­an perlu ditambah baik dan langkah tidak popular seperti penstruktu­ran semula jabatan terpaksa kita laksanakan. Jurang perkhidmat­an perlu dikaji semula.

“Hanya prestasi yang baik dan penyampaia­n perkhidmat­an cemerlang mampu mengembali­kan semula kepercayaa­n rakyat kepada jabatan,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Abdul Muis turut menyampaik­an sijil penghargaa­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kepada 39 pegawai dan kakitangan jabatan itu bagi 2017.

Selain itu, sijil penghargaa­n turut diberikan kepada 23 individu daripada pelbagai peringkat jawatan yang bersara sepanjang tahun lalu.

 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] ?? Abdul Muis (dua dari kiri) bersama Amarjit (kiri) dan Ismail (tiga dari kanan) ketika merasmikan majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang JANS 2017 di Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] Abdul Muis (dua dari kiri) bersama Amarjit (kiri) dan Ismail (tiga dari kanan) ketika merasmikan majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang JANS 2017 di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia